Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Pelumba Basikal Trek Jepun Shinji Nakano Mohon Maaf - "Jangan Hina Nama Keluarga Saya"

Amri Hassan 12/08/2024 | 17:50 MYT
Pelumba basikal trek Jepun, Shinji Nakano, memohon maaf, atas insiden pelanggaran dengan wakil negara, Shah Firdaus Sahrom, yang meragut peluang membutirkan pingat dalam acara final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 kelmarin.
Shah Firdaus menuju selekoh terakhir dengan peluang meraih pingat gangsa, namun sayangnya terlibat dengan kemalangan dengan pelumba jepun, Shinji Nakano, sehingga terjatuh.
Menerusi laman sosial Tik Tok, Shinji memohon maaf atas perkara yang berlaku dan meminta untuk tidak melibatkan nama serta ahli keluarganya.
"Saya memohon maaf kepada Malaysia atas kesilapan saya. Saya juga meminta untuk tidak menghina nama keluarga saya.
"Saya seharusnya bertanggungjawab dan meminta supaya tidak melibatkan ahli keluarga saya," katanya.
Pingat emas milik pelumba pilihan dari Belanda, Harrie Lavreysen, diikuti dua pelumba Australia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus Sukar Terima Impian Pingat Berkecai Dalam Beberapa Saat

BERITA TRENDING: Rempuh Shah Firdaus, Ruang Media Pelumba Basikal Jepun Tak Henti Diserang Netizen!

BERITA TRENDING: Sebak Lihat Abang Kemalangan, Adik Shah Firdaus Gesa Netizen Berhenti Serang Sosial Media Pelumba Jepun - “Kita Tak Boleh Menyalahkan Atau…”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

#Jepun #Paris #Keluarga #Pelumba #maaf #Basikal #Hina #Olimpik #Shah Firdaus #Trek #Shinji Nakano
;