Hiburan

Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Goncang & Tekan Dada Sampai Baby Zeq Lembik - “Bagi Dia Peluang Kedua, Rupanya Makin Menjadi”

Mya Amri
21/11/2024
12:21 MYT
Sponsor Banner
Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Goncang & Tekan Dada Sampai Baby Zeq Lembik - “Bagi Dia Peluang Kedua, Rupanya Makin Menjadi”
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan perangai pembantu rumahnya yang semakin menjadi-jadi walaupun selepas diberi peluang kedua.

Goncang badan dan tekan dada baby sampai lembik

Malah kata Dr Say, sikap buruk pembantu rumahnya diketahui apabila hatinya tergerak untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya.
Video yang dikongsi Dr Say itu merakamkan pembantu rumahnya tanpa rasa belas menggoncang badan anak ketiganya, Zeq yang berusia 10 bulan dengan kuat.
Lebih mencemaskan lagi apabila Zeq kelihatan semakin lemah dan lembik selepas pembantunya menekan-nekan bahagian dada anak lelakinya itu dengan kuat.
“Ramai orang cakap bila ada helper ni ‘kena tutup sebelah mata’ dan ya kebanyakan masa memang saya tutup sebelah mata.
“Even seminggu masa saya dan bini pergi Jepun kami tak check CCTV kami tapi kalau Allah nak tunjuk, Dia akan tunjuk.
“Sabtu lepas betul-betul sebelum bagi talk pukul 10.30 pagi dekat Pulau Pinang, wife saya tergerak hati nak tengok CCTV pukul 10.03 pagi. Ini clipnya.

“Kami bagi dia peluang kedua lepas incident bawak masuk lelaki yang lepas sebab sebelum incident tu, dia baik orangnya.

“Rupanya makin menjadi. Helper ni sama je tak kira dari Indonesia atau Filipina. In the end its all about perangai individu tu tak kisah dari mana they came from.

“Tadi dah meeting dengan embassy Philippine untuk permit cancellation dan Selasa depan dia akan dihantar pulang. Meanwhile helper tu dah dipulangkan kepada agencynya,” kongsinya.

Tak sangka sampai begini

Dalam pada itu, Dr Say juga turut menjelaskan persoalan netizen tentang mengapa dia masih mengambil pembantu rumah itu selepas kejadian yang berlaku sebelum ini.
“Kepada yang nak kecam ‘siapa suruh kau tinggalkan anak dengan maid tu?’, untuk pengetahuan umum saya ada dua helpers & helper Filipina ni jaga baby sahaja dan tak perlu buat kerja rumah langsung.

“Kalau maid tu memang berniat buruk, dia akan berperilaku buruk kepada anak saya. Saya admit salah saya tak buang terus maid Filipina tu lepas incident bawak masuk lelaki yang lepas.

“Tak saya jangka dia sampai begini sekali. Mujur tiada kecederaan serius pada baby Zeq. In a nutshell, sekiranya korang ada helper yang bagus, hargailah mereka sebaik mungkin,” jelasnya.

Berikut merupakan video penuh Dr Say:
Terdahulu Dr Say mendedah dua orang pembantu rumahnya kantoi membawa lelaki asing warga Bangladesh ke dalam rumah sehingga terpaksa menghubungi pihak berkuasa.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar