Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
BERITA TRENDING: Langkawi Buat Hal Lagi! Kali Ni Ayam Goreng Kunyit Harga Kayangan, Netizen Komen - “Masakan Dari Syurga Kot!”
Tertuduh, Asyuni Mastura Basri, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.
BERITA TRENDING: Menu Diet Atikah Suhaime Ikut Tekak Melayu! Love Sambal Petai & Salmon Kunyit
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemilik premis Danau Bingkuong Enterprise di Jalan Pantai Chenang di sini didakwa gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan dari Januari 2021 hingga 30 November 2023.
BERITA TRENDING: "Ada Cili, Ada Daun Kunyit" - Berkebun Hobi Baru Anzalna
Selepas siasatan dibuat, tertuduh gagal mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk mengemukakan invois jualan dan belian produk.