Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

Maliah Surip
06/10/2024
05:54 MYT
Sponsor Banner
Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.

BERITA TRENDING: Tak Mahu Hipokrit, Lily Allen Dakwa Status Ibu Buat Karier & Populariti Merudum

Penyanyi lagu Smile itu dilihat tampil dengan tubuh lebih kurus sehingga ramai yang bertanyakan adakah dirinya sakit.
Perhatian itu diberikan selepas wanita berusia 39 tahun tersebut berkongsi penampilan terkini dengan sekeping foto selfie di Instagram miliknya.
Allen dilihat memakai baju tanpa lengan berwarna putih dengan bentuk tubuh terutama pada bahagian tangan yang jelas melihatkan tulangnya.
“Anda cantik tapi adakah anda okay? Saya bimbang melihat (penampilan) anda,” tulis seorang peminat seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Seorang yang lain pula menulis: “Tolong perhatikan (kesihatan) anda.”
Bulan lalu Allen dikecam selepas mendedahkan memulangkan anjing peliharaannya kepada tempat perlindungan haiwan kerana telah memakan dan merosakkan pasport miliknya.

BERITA TRENDING: "Kurus Salah, Gemuk Salah" - Nampak Makin Kurus & Pucat, Dafi Nafi Sakit

BERITA TRENDING: Hilang 113KG, Influencer Mukbang Nikocado Dedah Dah Lama Rancang Buat Sosial Eksperimen - “Saya Cukur Kepala Supaya Orang Tak Kenal…”

BERITA TRENDING: Badan Kelihatan Kurus, Along Eyzendy Kurang Dapat Tawaran & Pernah Dituduh Ambil Barang Terlarang - “Mula-Mula Terasa Hati Tapi…”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar