Laman Utama

Peminat Dakwa Jennie Blackpink Kena Panic Attack Pada Konsert Di Jakarta

Maliah Surip
18/03/2023
15:55 MYT
Sponsor Banner
Peminat Dakwa Jennie Blackpink Kena Panic Attack Pada Konsert Di Jakarta
Platform media sosial Twitter khususnya bagi pengguna dan peminat Indonesia baru-baru heboh dengan kisah penampilan salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Jennie.
Pada pengamatan segelintir peminat, Jennie yang tampil bersama Blackpink menerusi konsert Blackpink World Tour (Born Pink) in Jakarta pada 11 dan 12 Mac lalu telah diserang panic attack, lapor Kompas.com.
Dakwaan Jennie diserang panic attack sewaktu membuat persembahan itu dijawab oleh peminat selepas YouTuber Boy William dan Kiky Saputri menyebut jika perempuan cantik itu seperti kelihatan ‘malas’ saat berada di atas pentas.
Keduanya mengatakan Jennie kelihatan tidak bersemangat seperti tiga rakan Blackpink yang lainnya.
Berang dengan pertuduhan tersebut, peminat Blackpink atau Blink mengatakan Jennie mungkin mengalami panic attack.
Sebelumnya, khabar Jennie diserang panic attack pernah dilaporkan pada tahun 2019.
Waktu itu Blackpink dalam rangka tour di Manila, Filipina dan sebuah video tersebar di media sosial yang menyaksikan Jennie sedang berusaha bernafas sambil memegang perutnya seperti terkena serangan panic attack.
Insiden tersebut berlaku sewaktu keempat-empat anggota Blackpink itu ditemubual di atas pentas.
Namun sehingga kini baik Jennie ataupun pihak agensi tidak pernah memberi kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Panic Attack adalah perasaan takut yang tiba-tiba dan tegang yang menyebabkan gejala fizik seperti jantung berdebar kencang dan berpeluh.
Reaksi ini terjadi sebagai respons terhadap situasi biasa yang sebenarnya, tidak memberi ancaman. Orang yang mengalami panic attack biasanya menderita panic disorder, yang tergolong dalam gangguan kecemasan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar