Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Syasya Rizal Hamil?

Gempak 23/07/2024 | 02:55 MYT
Penyanyi Syasya Rizal mencuri perhatian warganet baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, berkongsi foto dirinya.

Perkongsian Curi Tumpuan

Tampil dengan pakaian serba sopan dan cerah, ternyata bekas anggota kumpulan Dolla itu nampak manis dan berseri.

“Creating my own sunshine, one kick at a time,” tulis Syasya di ruangan kapsyen.

Peminat Dakwa Hamil?

Namun, menjengah ke ruangan balas, apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata netizen mendakwa kelihatan baby bump pada perut Syasya.

Malah, ada juga yang terus mengucapkan tahniah kepada Syasya biarpun tiada sebarang penjelasan oleh tuan badan sendiri mengenai dakwaan tersebut.

“Omg pregnant??,” dakwa peminat.

“Baby bump aww,” dakwa peminat lain.

“Baby bump ke tu? Alhamdulillah tahniah kalau betul,” tulis netizen lagi.

“Adakah Syasya…. Congratulations,” komen netizen lain.

Untuk rekod, Syasya sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Nasrullah dalam satu majlis tertutup, pada 21 April lalu.

8 Mac lalu, Dolla membuat kejutan apabila mengumumkan pengunduran Syasya menerusi hantaran di akaun rasmi mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Baju Lama Kepada Adik, Syasya Rizal Selesa Sarung Abaya

#Hamil #Baby Bump #DOLLA #Syasya Rizal #Suami Syasya Rizal
;