Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Peminat Mohon Bantuan, Atikah Suhaime; "Saya Pun Susah Juga"

Amri Hassan 09/06/2021 | 01:19 MYT
Pelakon Atikah Suhaime mengakui rasa bersalah apabila terpaksa menghiraukan mesej daripada pengikut Instagramnya yang menghubunginya untuk memohon sumbangan.
Kata Atikah, dia juga turut terkesan dengan pandemik COVID-19 dan berdepan kesukaran seperti individu lain.
Malah, banyak tawaran kerjanya terpaksa ditunda hingga menjejaskan pendapatannya.
"Jujurnya saya rasa bersalah kerana mengabaikan semua mesej kiriman langsung yang memohon bantuan. Sebab saya pun seperti anda, saya juga susah! Seperti lagu Whitney Houston, 'I Have Nothing'.
"Namun, saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang menjaga saya di sini. Saya sepatutnya bekerja sama seperti tahun-tahun sebelumnya tetapi COVID-19 menyebabkan semua kerja ditunda. Oleh itu, saya pun tiada pendapatan sangat," katanya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Justeru, Atikah menyarankan pengikutnya agar mendapatkan bantuan menerusi saluran yang sewajarnya seperti badan kebajikan.
"Bagi anda yang meminta bantuan, carilah organisasi kebajikan. Saya minta maaf tak dapat membantu," tambahnya.
Disebabkan masalah itu juga, Atikah mengakui dirinya berdepan keresahan emosi dan hampir hilang harapan.
"Ya, saya juga kadang-kadang tertekan dan hilang harapan. Saya harap ada orang tersayang di sisi anda supaya mampu menjadikan anda positif dan sentiasa sibuh.
"Jangan pernah putus asa dan percaya perkara yang baik akan menggantikan waktu sukar ini. Sentiasa percayakan doa untuk perkara yang baik-baik berlaku, itu juga yang saya lakukan selama ini," ujarnya.
#pelakon #Atikah Suhaime #Instagram #peminat #Sumbangan #Donation
;