Laman Utama
Peminat Puji Lakonan Anna Jobling Dalam Syurga Itu Bukan Mudah - "Dia Nangis Kita Pun Nangis Sekali"
Drama Syurga Itu Bukan Mudah terus mendapat perhatian peminat, rata-ratanya berpuas hati dan memuji lakonan setiap bintang yang dibariskan dalam naskhah tersebut.
BERITA TRENDING: Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan…
Paling mencuri tumpuan adalah lakonan hebat Anna Jobling yang memegang watak sebagai Aileen dalam drama arahan Eyra Rahman itu.
"Makin hari makin best drama Syurga Itu Bukan Mudah. Banyak pengajaran yang disampaikan. Acting Anna Jobling bagus sangat. Dia nangis dengan kita-kita pun nangis sekali.
"Siapa tak tengok memang rugi besar. Cerita ni memang lain daripada yang lain. Aku kagum!
"Lepas dah layan few episodes baru I nampak jalan cerita ni best. Lain daripada yang lain. Good job Anna Jobling lakonan makin mantap," puji beberapa warganet.
Syurga Itu Bukan Mudah merupakan drama pertama yang menggandingkan Amir Ahnaf dan Anna Jobling bersama sebagai teraju utama iaitu Farid dan Aileen, di mana kedua-duanya dikenali daripada program realiti pencarian bakat Astro, Hero dan Dewi Remaja.
Turut menjadi tunjang utama drama ini ialah Fadhli Masoot yang memegang watak sebagai Arman, orang kanan kepada Farid yang sering menjaga rahsianya serta Alya Iman sebagai Fara, isteri kepada Arman yang bersikap manja tetapi kerap membuli dan mengongkong suaminya.
Drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd ini juga turut dijayakan oleh barisan pelakon lain seperti Amir Nafis, Steve Yap, Bulan Terry, Dynas Mokhtar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.
‘Syurga Itu Bukan Mudah’ telah menemui para penonton Astro mulai 4 Disember setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (Saluran 104). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.