Viral
Pempengaruh Menyamar Jadi Kembar Yang Sudah 5 Tahun Meninggal Dunia
Seorang pempengaruh yang terkenal di TikTok mendedahkan telah menyamar sebagai kembarnya sejak lima tahun lalu setelah wanita itu meninggal dunia.
Annie Niu mengatakan dia terpaksa berbuat demikian demi menjaga kesihatan datuk yang sudah tua.
‘Penipuan’ tersebut dilakukan setiap kali dia pulang menyambut perayaan Krismas di kediaman datuknya.
Namun Niu memutuskan untuk memberitahu tentang kematian kembarnya sebelum datuknya meninggal dunia tahun ini.
“POV: Anda akhirnya mendedahkan telah menyamar selama lima tahun sebagai kembar anda yang telah meninggal dunia. Semua fotonya juga telah diturunkan,” katanya di TikTok seperti dilaporkan New York Post.
Menerusi laporan sama, Niu terpaksa berbohong kepada datuknya selepas diminta berbuat demikian oleh kedua orang tuanya. Permintaan tersebut dibuat kerana tidak mahu neneknya yang sakit bersedih.
Kembar Niu meninggal dunia kerana jangkitan meningtis.
Video pengakuan tersebut telah ditonton sebanyak 4.4 juta kali dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan pengguna media sosial. Ramai yang bersimpati dan mengaku akan melakukan tindakan sama demi menjaga hati keluarga.
Must-Watch Video