Viral
Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Seorang pempengaruh Iran yang cukup terkenal di platform TikTok ditembak mati di hadapan rumahnya, di Baghdad hujung minggu lalu.
Ghufran Sawadi atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, meninggal dunia selepas terkena dua tembakan daripada penembak yang menaiki motosikal. Umm ditembak sewaktu meletakkan kenderaannya di hadapan rumah.
CCTV
Insiden penembakan Umm Fahad terakam dalam kamera litar CCTV yang berada di kawasan kediamannya, lapor CNN.
Umm Fahad adalah pempengaruh yang popular di TikTok selepas dia berkongsi video dirinya sedang menari lagu pop dalam sebuah bilik persalinan baju.
Video tersebut menuai pro dan kontra dalam kalangan warga Iran dan kerajaan yang disifatkan sebagai tidak senonoh.
Tahun lalu, Umm Fahad telah dipenjara selama enam bulan atas kesalahan menerbitkan video dan konten yang mengandungi bahasa kasar serta menjatuhkan moral.
Punca
Punca pembunuhan Umm Fahad masih dalam siasatan, kata pihak berkuasa tempatan.
Untuk rekod, Umm Fahad bukan pempengaruh yang mati dibunuh. Tahun lalu seorang pempengaruh yang juga popular di TikTok, Noor Alsaffar maut pada usia 23 tahun selepas ditembak September 2023.
Tara Fares, 22, pula yang terkenal sebagai pempengaruh dan model juga ditembak mati pada 2018.