Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Penampilan Berniqab Bukan Halangan, Jenama Antarabangsa Hamilton Pilih Neelofa Sebagai Duta

Izwan Isa 08/12/2023 | 03:55 MYT
Usahawan dan pengacara, Neelofa tidak menyifatkan penampilan berniqab sebagai satu halangan untuk bekerjasama dengan jenama dan produk keluaran antarabangsa.
Figura berusia 34 tahun itu berkata, sejak mengenakan niqab, persepsinya terhadap pelantikan seseorang individu sebagai duta jelas sekali berubah, memandangkan dia masih lagi dilamar untuk mewakili produk walaupun penampilan sudah berubah 180 darjah.

BERITA TRENDING: Neelofa Akui Tak Cukup 24 Jam Jaga 2 Orang Anak

“Kalau nak cakap pasal persepsi, ketika saya mula-mula mengenakan niqab pada 2020, masih ada jenama yang continue untuk bekerja dengan saya. Pada masa itu, saya macam agak terkejut kerana ada yang ingin jalin kerjasama sungguhpun penampilan berubah.
“Namun, selepas itu, baru saya sedar yang ia bukanlah semata-mata penampilan, tetapi bagaimana seseorang itu membawa dirinya selain personaliti, aura dan vibe ke dalam sesuatu jenama yang diwakili.
“Sesetengah jenama lebih panda ke arah itu (personaliti). Alhamdulillah, penampilan berniqab ini jadi hal nombor dua kot,” katanya kepada Gempak.
Neelofa berkata demikian pada majlis memperkenalkannya sebagai duta bagi produk kereta sorong bayi, Hamilton By Yoop di ibu kota pada Khamis.
Melanjutkan bicara, Neelofa berkata, jenama yang berasal dari Belanda itu mula mendekatinya sejak awal tahun ini.
“Kalau tanya tentang lamaran, saya rasa sekitar awal tahun ini. Sebelum ini, saya memang ada bekerjasama dengan beberapa jenama yang melibatkan barangan-barangan untuk anak. Jadi, mereka bertanya client sebelum ini dan mereka dapat good feedbacks. Jadi, mereka approach saya.
“Sejujurnya, saya terima lamaran untuk bergelar duta ini kerana ia sesuai dengan fasa hidup saya. Lagipun, ketika itu, jenama ini masih tiada yang nak kedepankan ke khalayak. Jadi, saya berasa bangga apabila dapat create awareness mengenai produk ini,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Neelofa Mahu Akses CCTV Sekolah Bilal - “Sejak Kebelakangan Ini Saya Trauma Melihat…”

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
#Neelofa #niqab #Hamilton
;