Viral
Pencuri Tulis Pesan Buat Guru Lepas Curi Barang Sekolah: “Saya Minta Maaf, Saya…”
Seorang pencuri yang menceroboh sebuah sekolah di SDN Guworejo 3, Kecamatan Karangmalang, Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia meninggalkan pesan dan permohonan maaf selepas melakukan jenayah tersebut.
Pesanan dan permohonan maaf tersebut ditulis di papan putih di kelas.
“Maaf bapa dan ibu guru, saya telah mencuri di sekolah ini. Saya terdesak. Saya sedang memerlukan duit,” tulis pesanan tersebut seperti dilaporkan Detik.com.
Suspek diketahui telah mencuri barangan sekolah seperti komputer dan peralatan audio yang mengakibatkan kerugian bernilai ribuan ringgit.
Selepas mencuri, suspek yang telah ditangkap menjual peralatan elektronik tersebut kepada dua orang individu lain.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, suspek berusia 23 tahun turut mempunyai dua rakan subahat yang telah membeli barangan yang dicuri.
Malah selepas diselidik, suspek juga sudah melakukan kes curi di beberapa sekolah lain yang berada di wilayah lain.
Must-Watch Video