Berita

Penerbangan Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Bangladesh

Awani
23/07/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Penerbangan Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Bangladesh
Penerbangan khas atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Kumpur Terminal 2, pagi ini.

Penerbangan khas

Penerbangan AirAsia, menggunakan pesawat Airbus A330, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada jam 9.20 (waktu tempatan) bagi membawa pulang segera rakyat Malaysia serta lebih 124 pelajar susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu.

Menurut laporan Bernama, sebanyak 15 petugas dari Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengikuti misi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan Ragut Ratusan Nyawa, Tentera Bangladesh Kenakan Perintah Berkurung

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah Dilanggar Motor, Lelaki Bangladesh Ini Digilis Pula ‘King Of The Road’ Gara-Gara Enggan…

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-Kanak Bangladesh Diselamatkan Terkunci 6 Hari Dalam Kontena

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]: “Tentulah Saya Sudi Makan” - Fazley Yaakob Sebak Lihat Keikhlasan Pekerja Bangladesh Sediakan Makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Korea Untuk Malaysia, Ini 10 Fakta Menarik Kim Pan Gon Wajib Tahu!

Terdahulu, Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga memaklumkan akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Negara (KLN) untuk menyediakan segala bantuan yang diperlukan semasa ketibaan rakyat Malaysia dari Bangladesh, termasuk kaunseling, penginapan dan logistik.
Ribuan pelajar di Bangladesh mengadakan demonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan awam yang telah dimansuhkan pada 2018.
Kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara Sabtu lepas sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.
Sumber: Bernama menerusi Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar