Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Penganjur Good Vibes Festival Saman The 1975, Tuntut RM11.25 Juta

Gempak 31/07/2024 | 08:47 MYT

Penganjur acara Good Vibes Festival menyaman kumpulan muzik Britain, The 1975 sebanyak £1.9 juta (RM11.25 juta), setahun selepas kontroversi yang ditimbulkan oleh penyanyinya, Matthew Healy.

Sengaja langgar undang-undang

Memetik lapor laman berita Pitchfork, Future Sound Asia memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi United Kingdom dengan mendakwa bahawa kumpulan itu sengaja melanggar undang-undang negara meskipun selepas diberikan beberapa peringatan.

Antara garis panduan ketika berada di atas pentas adalah larangan mengeluarkan kata-kata kesat, merokok, minum minuman keras, menanggalkan pakaian dan bercakap tentang isu politik atau agama, lapor Variety.

Garis panduan lain secara khusus mengharamkan ciuman.

Tuntutan saman itu menyatakan bahawa The 1975 dianggap tidak membuat persembahan sebaliknya memutuskan untuk memprotes peraturan berkenaan dengan memainkan senarai lagu berbeza serta mengingkari garis panduan dengan sengaja.

BERITA TRENDING: Sikap Biadap, Penganjur Tuntut Kumpulan The 1975 Bayar Denda RM12.3 Juta
BERITA TRENDING: “Kami Minta Tour Manager The 1975 Untuk Hentikan Persembahan, Tapi…” - Penganjur Good Vibes Festival

Ia termasuk ucapan provokatif Healy, ciuman dan ‘pelukkan ghairah yang dibuat-buat dengan lama’ ke atas seorang lagi anggota kumpulan itu, Ross MacDonald.

Future Sound Asia memfailkan permintaan ganti rugi pada tahun lepas melalui firma guaman, Steven Thiru & Sudhar Partnership, yang memetik perjanjian bertulis Healy bahawa kumpulan itu akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan tempatan.

BERITA TRENDING: Isu Salah Laku The 1975 Di Festival Good Vibes, Pengerusi ALIFE Akui Ia Kes Terpencil
BERITA TRENDING: Pelawak Biadab Jocelyn Chia ‘Sambut’ Matty Healy Jadi Individu Yang Kena Cancelled Oleh Malaysia

Ia menambah dalam satu kenyataan pada masa itu: “Tindakan mereka (The 1975) memberi kesan kepada artis dan perniagaan kecil tempatan yang bergantung pada festival itu untuk peluang kreatif dan mata pencarian mereka”.

Sumber: Pitchfork & Kosmo

#saman #1975 #Vibes #11.25 juta #good
;