Hiburan
Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
BERITA TRENDING: 'Adik Dengar Kakak Cakap "Tak Nak" Dalam Bilik Air'
Perbuatan Sil yang juga dikenali dengan nama Tollywood itu mengejutkan karyawan industri dan peminat kerana reputasi baik yang dimilikinya selama ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Sil didakwa telah menyentuh dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelakon wanita yang terbabit dalam projeknya.
Karyawan berusia 60 tahun itu didakwa dengan sengaja telah mencium pipi pelakon wanita yang membuat aduan.
Sil bagaimanapun menafikan telah melakukan gangguan seksual sebaliknya mendakwa memang menjadi satu perkara biasa buatnya memberi tunjuk ajar atau contoh kepada barisan pelakon sewaktu melakonkan sesuatu babak.
“Saya didakwa mencium pipi pelakon wanita dengan sengaja. Padahal bibir saya tidak sengaja terkena pipi pelakon tersebut dan saya langsung tidak berniat melakukan sebarang gangguan seksual.
“Saya selalu melakukan tunjuk ajar atau contoh kepada para pelakon saya sama ada lelaki atau perempuan sebelum penggambaran dimulakan.
“Dan saya lakukannya juga kepada pelakon wanita ini yang dengan rela melakukan babak tersebut dalam tempoh lebih empat jam penggambaran.
“Sewaktu melakukannya tidak ada seorang pun kru yang membantah arahan dan tunjuk ajar saya,” dakwa Sil seperti dilaporkan TimesofIndia.
Pelakon wanita yang identitinya tidak didedahkan bagaimanapun mendakwa Sil tidak perlu sehingga menyentuhnya. Dia juga akan mendedahkan bagaimanapun gangguan seksual tersebut berlaku menerusi laporan lengkap kepada pihak berkuasa.