Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Viral

Pengasas Jenama Mango Maut Jatuh Tebing, Tinggalkan Aset Cecah RM20 Bilion

Maliah Surip 16/12/2024 | 14:50 MYT
Pengasas jenama fesyen terkenal, Mango, Isaac Andik dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh daripada tebing sewaktu mendaki bukit bersama keluarga.

BERITA TRENDING: Pengasas Telegram, Pavel Durov Tidak Dibenar Tinggalkan Perancis

Andik melakukan aktiviti mendaki di gua Montserrat berdekatan Barcelona, Sepanyol bersama keluarganya.

BERITA TRENDING: Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024

Namun Andik terjatuh pada ketinggian 150 meter sebelum diumumkan meninggal dunia pada usia 71 tahun, lapor Reuters.
“Andik telah menjadi teladan bagi kita semua. Dia mendedikasikan hidupnya untuk Mango, meninggalkan jejak yang baik dengan visi, kepemimpinannya yang menginspirasi, dan komitmennya yang tak tergoyahkan terhadap nilai-nilai yang dia tanamkan sendiri di perniagaan kami," ujar CEO Mango Toni Ruiz, dalam kenyataan yang dikongsikan di laman sosial jenama tersebut.
Dilahirkan di Istanbul, Turki, Andik mengikut keluarga berpindah ke Sepanyol pada USIA 13 tahun. Dia mula menjual t shirt kepada rakan sekelas di Barcelona dan membuka kedai Mango pertama pada 1984.
Menurut Forbes, Andik memiliki kekayaan mencecah RM20 bilion dan merupakan salah seorang individu terkaya di Sepanyol. Jenama Mango berada di 120 negara seluruh dunia.

BERITA TRENDING: Anak Bill Gates Bercinta Dengan Cucu Paul McCartney

#Jatuh #Maut #Aset #Pengasas #Tebing #Mango
;