Viral
Penjual Minuman Yang Dihina Bo*oh Oleh Gus Miftah Dapat Tajaan Umrah
Selepas menjadi tular kerana dimalukan dan digelar bodoh oleh Utusan Khas Presiden Indonesia, Gus Miftah, warga emas yang menjual minuman dalam acara Magelang Bersholawat menerima ‘durian runtuh’.
BERITA TRENDING: Penceramah Bebas Biadab, Malukan & Gelar Penjual Minuman Di Majlis Agama Bo*oh
Bukan hanya menerima pembelaan daripada masyarakat, penjual minuman yang dikenal sebagai Sunaji itu menerima tajaan menunaikan umrah.
Tajaan umrah itu akan dibiayai sepenuhnya dari Sekolah Tahfidzul Quran Markaz Hijrah Indonesia (MHI) Makassar.
Menerusi perkongsian di media sosial, pengasuh tahfiz tersebut iaitu Ustaz Muhammad Fakhrurrazi Anshar mengatakan hadiah umrah percuma diberikan kepada Sunaji sebagai lambang penghargaan bekerja keras dan sabar sepanjang menjual minuman untuk menyara keluarganya.
Sunaji dijadualkan menunaikan umrah pada awal Ramadan tahun 2025.
“Bismillah, Hadiah Umrah Awal Ramadhan untuk Bapak Penjual Teh. Bagi teman-teman yang mengetahui cara menghubungi beliau, insya Allah kami akan umrahkan beliau di Umrah Akbar kami Awal Ramdahan.
“Insya Allah saya yang bimbing langsung,” berikut antara isi kandungan pelawan umrah yang ditawarkan melalui akuan media sosial ustadz @fakhru_ans_official, lapor Viva.co.id.
BERITA TRENDING: Kecoh Kedai Jual Rendang B*b*, Penceramah Bebas Tanya; “Sejak Bila Rendang Ada Agama?”
Terdahulu Sunaji mengaku sedih dan kecewa kerana dimalukan dengan gelaran bodoh oleh penceramah bebas itu sewaktu menjual minumannya kepada khalayak yang hadir ke sebuah majlis.
“Saya cari nafkah untuk anak isteri kenapa diperlakukan begini? Saya sedih dan kecewa,” katanya.
Menerusi video yang tersebar di media sosial, Gus Miftah didengar bertanya kepada penjual minuman tersebut kasar.
“Masih banyak ke jualan air teh kamu? Ya jual di sana, goblok (bodoh).
“Jual dulu nanti kalau masih belum laku, ya sudah, tak ada, takdir,” katanya seperti dilaporkan CNNIndonesia.