Laman Utama

Penolong Professor Kongsi Mengenai Kota Larangan, Al Ula - “Yang Tidak Digalakkan…”

Asyikin Mayudin
12/09/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Penolong Professor Kongsi Mengenai Kota Larangan, Al Ula - “Yang Tidak Digalakkan…”
Sejak beberapa minggu ini kecoh mengenai beberapa selebriti yang bercuti Kota Al Ula, Arab Saudi sehingga mengundang kritikan netizen di laman sosial.
Ini kerana lokasi bersejarah yang turut dikenali Madain Saleh itu merupakan tempat terkutuk serta dilarang oleh Rasulullah SAW. Malah, baginda sendiri menghindari untuk singgah ke tempat ini.
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook bernama Wahida Shukeri yang kerap mengunjungi Al Ula menjelaskan bukan semua kawasan di lokasi itu haram untuk pergi dan didiami.
“Mungkin ramai yang memang tak tahu Al Ula ni besar. Al Ula tempat orang tinggal bertahun-tahun, ada sekolah, ada masjid, ada hospital, ada airport, ada pejabat kerajaan, ada semua la.
“Kalau Al Ula haram untuk pergi dan didiami, mestilah tak ada orang di Al Ula tu, kan orang Arab Saudi kan semua Muslim. Yang tidak digalakkan untuk pergi adalah Madain Saleh (Hegra).
“Tempat ni dalam 30km around 20 minit dari Al Ula. Nak masuk Madain Saleh, kena ada permit. Dia bukan suka-suka boleh lalu nampak tepi jalan. Jangan risau la sampai nak terbang kalau boleh tak nak lalu situ.
“Ada banyak lagi jalan lain yang tak perlu pun lalu situ. Madain Saleh tu orang Arab Saudi tak sebut Madain Saleh. Orang dia akan sebut Sin City of Madain Saleh,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Wahida turut memberitahu dia sendiri sudah seperti ‘tetamu setia’ di Al Ula dan akan mengunjungi kota itu setiap kali ada tempat perangingan baharu.
“Saya sendiri pun tak pernah pergi dan tak ada keinginan nak pergi Madain Saleh tu. Sis pergi Al Ula lebih 20 kali dalam hidup. Cuti saja atau ada saja resort/chalet baru yang buka, sis memang akan menjadi orang pertama check in kat situ.
“Sis ni kategori most loyal visitors kat Al Ula. Tapi bukan Madain Saleh. Jadi janganlah nak mendosakan orang atau nak melaknat orang hanya sebab dia ke Al Ula. Al Ula tu, Rasulullah pun pernah solat kat situ.
“Hidup ni kena berilmu, rajin membaca, rajin bertanya. Asal baca tajuk jer, terus kita laknatkan orang. Last kita dapat dosa free. Berapa ramai kawan-kawan dan student sis yang dari Al Ula dan kerja di Al Ula.
“Adakah mereka kena laknat tiap tiap hari? Wallahualam,” katanya lagi.
Wahida bertugas sebagai Penolong Professor dalam perakaunan di University of Haik, tiga jam dari Al Ula.
Untuk info, Madain Saleh atau rumah kaum Tsamud iaitu orang-orang zaman Nabi Saleh yang dikenali dengan kekuatan dan kemahiran mereka membuat ukiran pembinaan gunung yang boleh dilihat sehingga hari ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar