Laman Utama
Penonton Geram Dengan Esra, Tapi Sedih Tengok Nasib Khay & Syafiq Dalam I-Tanggang - “Mind Blowing Betul…”
Semalam, episod 11 drama bersiri I-Tanggang baru sahaja ditayangkan dan respons yang diberikan oleh penonton sungguh luar biasa!
Pelbagai maklum balas dapat dilihat daripada komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial dan rata-rata meluahkan rasa kurang berpuas hati terhadap dua perkara iaitu kesanggupan Esra mengkhianati Khay dan Syafiq serta ketidaktelusan sistem keadilan yang dipersembahkan dalam siri berkenaan.
What i realize that #ITanggang showed use the two both sides of lawyers. I like this.— ?????????♡ (@KaisyAAA) November 22, 2021
Hal ini berikutan pengakuan Esra terhadap pihak berkuasa yang menafikan dia telah menikam Erma, sebaliknya menuduh Syafiq melakukan hal tersebut. Bagaimanapun, menerusi babak soal siasat Syafiq dan Khay pula, masing-masing mengaku Esra yang menikam Erma pada hari kejadian.
“Baru habis tengok I-Tanggang.. like geram b*bi Esra dengan bapak dia ni,” tulis seorang penonton di laman sosial.
“Mind blowing betul aku tengok si Esra ni,” luah seorang lagi penonton merujuk kepada situasi yang berlaku menerusi episod semalam.
Selain itu, ada juga yang meluahkan perasaan dan menyatakan betapa realistiknya kehidupan seperti yang dipertontonkan dalam I-Tanggang.
“Hakikat itulah kehidupan, yang kaya membenarkan penipuan, yang miskin menerima kebenaran,” kongsi seorang netizen.
“Selepas menonton episod kali ini, saya sedar betapa tidak adilnya hidup. Saya sedar yang kehidupan selalunya tidak adil tetapi selepas menonton seseorang yang datang daripada keluarga susah ditindas oleh mereka yang berada merupakan satu hal yang tidak wajar untuk dilihat,” tulis seorang lagi penonton I-Tanggang.After watching today's episode, I realize how unfair our life is. I am always aware that this life is being unfair by itself but watching how someone from a not financially stable family getting oppressed by the wealthy one is NEVER GOOD TO SEE! #ITanggang #MotherOfAllLies— jeejinniret (@jeejinniret) November 22, 2021
Menerusi episod 11, perspektif peguam Khay dan Syafiq yang pada asalnya diupah untuk membuat kedua-dua mereka mengaku yang mereka cuba membunuh Erma dilihat bertukar dan menasihati anak guamnya mengaku tidak bersalah.
Justeru, adakah peguam Khay dan Syafiq akan membantu mereka dalam membuktikan hal sebenar pada episod akhir yang akan ditayangkan pada minggu hadapan? Jangan lupa saksikan penutup I-Tanggang pada episod 12 akan datang.
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Must-Watch Video