Laman Utama

Penonton Puji Pemilihan Muka Baharu Dalam Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

Izwan Isa
07/08/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Penonton Puji Pemilihan Muka Baharu Dalam Drama Budak Hostel Otaknya Sewel
Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin memberikan pendapat tentang trend masa kini pihak stesen televisyen yang menjadikan pelakon baharu tanpa nama sebagai tonggak utama drama.
Shahrulezad berkata, trend tersebut bermula selepas drama Projek High Council yang dijayakan oleh rata-rata pelakon baharu mencetuskan fenomena dalam kalangan penonton.
“Thanks to drama Projek High Council yang berjaya membuktikan pada stesen dan produser tanpa branding artis yang kuat dan popular tetap mampu membuatkan sesuatu naskhah itu stand out. Apa yang penting ialah cara kita nak jual cerita kita pada audiens.
“Sebenarnya dah beberapa orang eksekutif stesen televisyen mula meluahkan rasa bosan kerana stesen sesama stesen berebut muka yang sama. Siang muka sama, malam pun muka yang sama.
“Tapi sekarang keadaan sudah sedikit berubah. Stesen dah mula perasan lambakan artis popular dengan muka balik-balik yang sama di semua stesen adalah sesuatu yang tidak sihat untuk ekosistem industri drama itu sendiri. Penonton dah mula bosan sebab balik-balik muka yang sama di semua stesen. Tapi cerita entah apa apa,” katanya menerusi kemas kini di Facebook.
Shahrulezad turut memberitahu, ada juga beberapa drama yang tidak ke mana sungguhpun nama-nama besar diletakkan sebagai teraju utama. Jadi, dia berharap dengan perkembangan ini, bajet untuk drama boleh digunakan untuk pembangunan skrip serta kos pembikinan.
“Untuk semua bakal bakal bakat baharu, saya harap perkembangan ini memberi harapan pada kalian. Bukan semua projek drama yang ada sekarang stesen concern pasal jumlah follower kalian. Yang penting sekarang adalah skill lakonan dan attitude. Muka pecah rumah sekali pun tapi kalau korang ada aura atau screen present yang kuat insya-Allah korang adalah bakat yg kita carik.
“Dalam Budak Hostel Otaknya Sewel pun Radiusone dah start guna khidmat unknown faces yang biasa biasa sebagai pemain utama,” katanya.
Nampaknya, percaturan Radiusone memilih pelakon-pelakon baharu sebagai tunjang drama Budak Hostel Otaknya Sewel menjadi. Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang memuji mutu lakonan barisan pelakon drama tersebut.
“Cerita dalam Budak Hostel Otaknya Sewel, mula-mula saya tengok, aik siapa semua pelakon ni? Tapi rupanya best. Lawak…Hahaha!”
“Saya suka drama Budak Hostel Otaknya Sewel tu… Shaheizy Sam junior bakal lahir dari drama tu.. insya-Allah."
“Budak Hostel Otaknya Sewel best. Thank you sebab keluarkan muka-muka baharu yang lebih real dengan situasi.”
Budak Hostel Otaknya Sewel disiarkan bermula 12 Julai, Rabu dan Khamis pukul 9 malam di Astro Ria.
BACA: Ragam Pelajar & Guru Sekolah Diangkat Sebagai Subjek Utama Dalam Budak Hostel Otaknya Sewel​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar