Viral
Penumpang Biadab, Tengking Pramugari Lepas Dinasihat Pakai Tali Pinggang Keledar
Seorang penumpang wanita dan anaknya dihalau keluar dari pesawat gara-gara enggan menggunakan tali pinggang keledar sebelum berlepas.
Walaupun sudah dinasihat untuk memasang tali pinggang keledar yang merupakan prosedur keselamatan, wanita itu bertindak memarahi pramugari pesawat penerbangan Vietnam ke Malaysia itu.
“Baru kali ini lihat orang nak take off pesawat tapi tidak mahu pakai tali pinggang? Selepas itu, pramugari pula yang dimarah lepas dipaksa pakai tali pinggang,” tulis kapsyen seorang pengguna TikTok, Fegiegie yang memuat naik video itu.
Menurut pemilik video berkenaan, ketika kejadian pesawat sedang bersedia untuk berlepas namun terpaksa berpatah semula bagi menurunkan wanita terbabit.
“Kita dah delay dua jam, lepas itu dia tantrum satu jam, total tiga jam. Selepas itu, kita transit di Kuala Lumpur (KL), selepas itu orang yang di KL jadi harus delay lagi,” tulisnya di bahagian komen.
Susulan keengganannya yang tidak mahu memakai tali pinggang keledar itu, wanita berkenaan bersama anaknya yang dikatakan berusia sekitar lima tahun diiringi keluar dari pesawat.
Menerusi video kedua dari pengguna TikTok tersebut, penumpang pesawat yang lain bersorak dan bertepuk tangan sebaik kedua-duanya diiringi keluar dari pesawat.
Dalam pada itu, Strategik Komunikasi Korporat Batik Air, Danang Mandala Prihantoro memberitahu bahawa insiden terbabit berlaku pada Ahad di dalam pesawat bernombor penerbangan OD-572 laluan Hanoi-Kuala Lumpur.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Danang mengesahkan bahawa mereka membenarkan penumpang Batik Air Malaysia dibawa keluar dari pesawat oleh kru kabin sebelum berlepas.
BERITA TRENDING: Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Dah Lama Tak Bertemu Dengan Anak-Anak – “Hubungan Saya Dengan Isteri...”
BERITA TRENDING: Polis Terima 182 Laporan Terhadap Hannah Yeoh
BERITA TRENDING: Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Naik ‘Business Class’ 3 Syarikat Penerbangan Berbeza Buat Netizen Terkedu - “Baik Aku Naik Bas Sajalah”
BERITA TRENDING: Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Wolf Man
Danang menjelaskan video yang tular di media sosial, pada mulanya kru kabin melakukan tugas mereka melakukan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas. Ini adalah mengikut protokol yang ditetapkan.
"Sebagai langkah menjaga keselamatan dan keselamatan penerbangan, setelah melalui proses perbincangan yang dijalankan mengikut prosedur, pelanggan dikategorikan dalam Ketidakpatuhan Arahan Krew Kabin pesawat sebelum penerbangan bermula," katanya.
Danang seterusnya mengingatkan bahawa setiap penumpang perlu mematuhi peraturan penerbangan dan arahan kru kabin.
Hal ini kerana, keselamatan adalah keutamaan. Kemudian untuk memastikan operasi penerbangan lancar serta mematuhi peraturan antarabangsa dan piawaian operasi.
Sumber: Majoriti