Hiburan

Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Dah Lama Tak Bertemu Dengan Anak-Anak – “Hubungan Saya Dengan Isteri...”

gempak
Khairil Khusyairi
08/01/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
Farid Kamil Rindu ‘Bau’ Keluarga, Dah Lama Tak Bertemu Dengan Anak-Anak – “Hubungan Saya Dengan Isteri...”
Aktor Farid Kamil meluahkan rasa rindu terhadap isteri tercinta, Diana Danielle dan anak-anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Farid Rindu Bau Keluarga

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 44, mengakui terbit perasaan rindu terhadap ahli keluarganya itu seperti meluangkan masa bersama.

“Saya rindu bau keluarga. Bau keluarga ini kan sesuatu yang kita akan rindukan.

“Selain itu, kenangan bersama, anak-anak dan isteri.

“Bercuti bersama juga mungkin sesuatu yang dirindukan,” kongsinya kepada pemberita.

Farid ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media filem terbaharu lakonannya, Hukum Kifarah di sebuah hotel malam tadi.

Doa Temui Semula Kebahagiaan

Kongsi bapa kepada dua cahaya mata itu lagi, dia banyak berdoa agar dapat menemui semula kebahagiaan yang pernah digenggam dahulu.

“Setiap kali terbit perasaan rindu saya memperbanyak istighfar. Bila istighfar, insya-Allah hati akan rasa tenang dalam apa jua keadaan.

"Pada saya, di dalam situasi sekarang tiada senjata, bahan atau warna yang boleh menyampaikan hasrat saya ketika ini melainkan doa.

"Saya tidak berhenti berdoa agar suatu hari nanti keluarga saya kembali berbahagia seperti dulu insya-Allah… itu harapan saya," katanya.

Sudah Lama Tak Jumpa Anak-Anak

Dalam pada itu, Farid memaklumkan dia sudah lama tidak bersua muka dengan Diana, malah tidak berkesempatan untuk bertemu anak-anak.

“Hubungan saya dengan isteri dan anak-anak masih sama seperti dulu. Apa yang saya boleh katakan, saya dalam perjalanan untuk memperbaiki diri. Saya akan cuba menempuhi masalah di depan dengan penuh reda dan persiapan.

"Walaupun dalam keadaan tidak begitu baik, tetapi saya tetap cuba berdoa untuk mendapatkan kebaikan. Saya masih lagi dalam proses untuk berjumpa dengan isteri.

"Kali terakhir jumpa anak tahun lalu, sudah lama tak jumpa. Bukan tak boleh jumpa, tak ada masalah dan juga halangan. Tapi, ketika ini saya perlu berjalan seorang diri untuk mendapatkan apa yang dicari.

"Saya dan anak-anak memang selalu berhubung menerusi panggilan telefon, cuma kalau berjumpa, tahun ini masih belum," ujarnya lagi.
Terdahulu, Farid enggan melepaskan isterinya ketika sebutan pertama permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Disember lalu.
Pasangan tersebut diperintah melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Enggan Cerai, Diana Danielle Bakal Failkan Tuntutan Nafkah Tertunggak - “Kalau Dia Lepaskan Saya, Saya Akan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Yakin Cinta Diana Danielle Masih Kuat, Tiada Unsur Penindasan Dalam Proses Cerai- “Kasih Sayang Bukan Boleh Dijual Beli”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tindakan Dia Amat Memualkan” - Diana Danielle Nekad Nak Cerai, Anggap Farid Kamil Hanya ‘Berangan’

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Tetap Pertahankan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle, Mahkamah Perintah Kes Cerai Ke JKP

ARTIKEL BERKAITAN: Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024