Terkini

Penyanyi Dedah Bekas Suami Tahi Judi, Kencing & Calit Najis Di Muka Anak

Maliah Surip
06/03/2024
15:55 MYT
Sponsor Banner
Penyanyi Dedah Bekas Suami Tahi Judi, Kencing & Calit Najis Di Muka Anak
Penyanyi Han Areum mengejutkan dunia K-Pop apabila mendedahkan perbuatan tidak berperikemanusian bekas suaminya, Kim Young Gul di platform Instagram beberapa hari lalu.
Bekas anggota kumpulan T-ara itu mendakwa lelaki berusia 31 tahun tersebut seorang tahi judi dan telah melakukan penderaan sepanjang empat tahun mereka berkahwin.
Dia berdiam diri selama berkahwin demi dua anak mereka yang saat ini berusia empat dan satu tahun.
Namun apa yang lebih mengejutkan dirinya apabila dua anak hasil perkahwinan mereka juga telah didera secara mental dan fizikal oleh ahli perniagaan tersebut.
Menerusi perkongsian termasuk audio dan foto, Areum menampilkan gambar dengan kesan lebam pada tangan dan wajah anaknya.
Areum mendakwa baru mengetahui anak-anaknya turut didera bekas suami sewaktu hadir temu bual pengurusan perceraian. Anak-anak akhirnya membuka rahsia mereka didera, lapor 8days.sg.
Selain ditendang jika membuat bising sewaktu bekas suami dan ibunya tidur, anak-anaknya juga pernah dikencingkan lelaki tersebut.
Lebih teruk, Young Gul didakwa pernah mencalit najis pada wajah anak-anaknya.
“Adakah ini perbuatan seorang manusia?” katanya.
Sejak mengetahui anak-anaknya didera, Areum mengambil mereka dan sedang berjuang mendapatkan hak jagaan.
Pasangan tersebut bercerai pada Disember 2023. Areum kemudian mengumumkan akan segera berkahwin dengan kekasihnya sebagai segala proses perceraian selesai.

BERITA TRENDING: Gunung Everest Berbau Busuk, Pendaki Wajib Tunjuk Bukti Najis Dalam Beg Khas

BERITA TRENDING: Peminat Terberak Dalam Seluar Tampil Minta Maaf - "Sesiapa Yang Terkena Najis Saya Boleh…

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar