Laman Utama

Permohonan Moratorium Telah Bermula, Semak Pautan Bank Bagi Yang Berminat

Awani
07/07/2021
16:15 MYT
Sponsor Banner
Permohonan Moratorium Telah Bermula, Semak Pautan Bank Bagi Yang Berminat
Selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, semua kumpulan B40; M40 dan T20; perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan mikro boleh memohon moratorium selama enam bulan.
Sudah mula dibuka sejak semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memaklumkan pemohon tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.
Jurucakap BNM menjelaskan, faedah keuntungan hanya akan terakru (diambil kira) ke atas bayaran balik pinjaman yang tertangguh.
"Bank-bank dikehendaki memberikan penerangan kepada peminjam mengenai kesan pengambilan bantuan bayaran balik pinjaman terhadap jumlah bayaran ansuran dan tempoh pembiayaan.
"Apabila peminjam memohon untuk mendapatkan bayaran ansuran yang lebih rendah (dan bukan mengekalkan bayaran ansuran yang asal) selepas moratorium, hal ini boleh menyebabkan tempoh pinjaman mereka menjadi lebih panjang.
"Bank tidak akan mengenakan caj faedah ke atas faedah atau keuntungan atas keuntungan iaitu faedah/keuntungan terkompau, atau apa-apa faedah/keuntungan penalti sepanjang tempoh bantuan," katanya.
BNM turut memberi jaminan bahawa Rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) peminjam tidak akan terjejas akibat penerimaan apa-apa bentuk bantuan bayaran balik pinjaman pada 2021.
Sementara itu, BNM menerusi kemas kini di laman sosial rasmi mereka pada Selasa memaklumkan terdapat tiga saluran untuk membuat permohonan moratorium iaitu borang web, emel serta panggilan telefon.
Institusi kewangan itu turut menyarankan mana-mana individu yang berdepan kesulitan untuk menghubungi bang masing-masing boleh memaklumkan kepada mereka melalui pautan bnm.my/RAsurvey.
Berikut pautan institusi bank bagi permohonan moratorium:
1. Moratorium Maybank https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_financial_relief_scheme.page
2. Moratorium Bank Rakyat https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
3. Moratorium Bank Islam https://vao.bankislam.com.my/ppb/
4. Moratorium CIMB https://www.cimb.com.my/covid19support
5. Moratorium BSN https://www.bsn.com.my/page/TRA
6. Moratorium Public Bank https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
7. Moratorium AmBank https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance
8. Moratorium RHB https://www.rhbgroup.com/malaysia/campaigns/PostMoratoriumEForm?_ga=2.202856849.1410897864.1622574747-1382388922.1622574747
9. Moratorium Affin Bank https://www.affinbank.com.my/Others/Financial-Assistance-Instalment-Relief-(FAIR)-Prog.aspx?lang=ms-MY
10. Moratorium MBSB https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium
11. Moratorium Bank Muamalat https://map.muamalat.com.my/
12. Moratorium Kuwait Bank https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html
13. Moratorium Citibank https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html
14. Moratorium Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do
15. Moratorium Agrobank https://www.agrobank.com.my/my/bbb/
16. Moratorium Hong Leong Bank https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html
17. Moratorium SME Bank https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance
18. Moratorium Standard Chartered Bank https://www.sc.com/my/important-information/covid-19/
19. Moratorium Al Rajhi Bank https://www.alrajhibank.com.my/page/financial-relief/financial-assistance
20. Moratorium UOB Bank https://www.uob.com.my/default/covid-updates/covid-relief-assistance.page
21. Moratorium OCBC Bank https://www.ocbc.com.my/personal-banking/Loans/moratorium/index.html
22. Moratorium PTPTN https://www.ptptn.gov.my/penangguhanpkp3.0/
Kredit Foto: BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar