Hiburan

Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen

Umirah Halim
21/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen
Anak kepada selebriti, Azhar Sulaiman iaitu Leona tidak peduli tentang komen negatif yang pernah diberikan oleh warganet mengenai cara pemakaiannya yang pernah dilabel ‘seksi’.

Leona jadi diri sendiri

Jelas Leona atau nama penuhnya Kasih Irish Leona, dia berasa senang dengan penampilannya dan hanya menjadi diri sendiri.
“Saya tak peduli, orang boleh cakap apa-apa yang mereka mahu tentang badan saya.

“Saya gembira dengan penampilan saya, cara saya berpakaian, itu adalah saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

Leona tak baca komen

Sementara itu, gadis berusia 22 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia enggan membaca komen negatif yang ditinggalkan warganet mengenai dirinya.
“Sebenarnya saya tak baca pun komen, saya taktahu apa yang orang cakap tentang saya
“Saya hidup di dalam dunia saya sendiri. Banyak orang yang negatif dan positif di dunia ini, jadi fokus untuk positif sahaja,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, penampilan Leona menerusi hantaran di sosial medianya sering mendapat perhatian ramai apabila baju yang digayakan dikatakan terlalu seksi.

Berita Trending: Netizen Mengucap, Terkejut Baju Leona Hampir Terlondeh Ketika Menari - “Jangan Macam Ni Ingatlah Kat Papa Tu”

Berita Trending: Teruk Dikutuk Hingga Libatkan Body Shaming, Management Leona Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Jika…
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar