Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pernah Dituduh Gila, Tasha Shilla Alami Mild Depression

Kamaruddin Razal 03/02/2019 | 01:21 MYT
Pelakon cantik, Tasha Shilla mendedahkan dia mula mendapatkan bantuan untuk mengatasi penyakit kemurungan ringan (mild depression) yang dihidapinya.
Menurut pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak ini, dia mula mendapatkan bantuan semenjak hujung tahun lalu.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana sudah mendapatkan bantuan untuk mengatasi mild depression yang saya alami.
"Hidup saya semakin positif dan tenang serta saya lebih tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan keadaan.
“Sebelum ini, saya akui saya pernah rasa putus semangat dan sangat ‘down’, lebih-lebih lagi selepas putus cinta sebelum. Sampaikan ada yang menuduh saya gila," kata Tasha.
Tambah Tasha, apa yang terjadi pada dirinya dahulu tidak mahu diulangi olehnya sekarang.
"Apa yang berlalu biarlah berlalu. Jika dahulu, jika saya berhadapan dengan masalah, saya pasti berhibur untuk mengurangkan tekanan. Tetapi, apa yang saya lakukan itu tidak betul kerana ia akan memberikan impak negatif.
"Biasalah, dulu saya masih muda, semuanya diambil mudah. Mungkin saya dilihat gembira di luaran dengan mengukir senyuman, tetapi apa yang berlaku dalam hati saya sendiri, tiada sapa yang tahu. Saya menanggungnya sendiri.
"Saya kini lebih tenang dan menjalani kehidupan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Bagi saya, kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dipandang serius. Jika ada sebarang masalah, dapatkan khidmat nasihat segera," kata Tasha.
Tasha ditemui pada majlis pelancaran jenama tudung, Parisfairies Scarves di Greenhouse by Muir, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain Tasha, majlis itu turut diserikan dengan kehadiran pelakon Niena Baharun, pengacara Liza Khairudin dan pengasas Parisfairies Scarves, Eiyla Fazzila.

Alhamdulillah, our humble soft launch berjalan dengan lancar semalam. Terima kasih kepada jemputan yang hadir, rakan artis, rakan media, stokis stokis, agent agent dan jugak family and friends . Koleksi kami dah berada di pasaran. Boleh dapatkan di ig @parisfairies.scarves dan juga stokis stokis yang berdekatan dengan anda. . Kalau you guys nak dapatkan koleksi kami, boleh comment NAK kat bawah k. Agent dan stokis kami akan contact you guys ❤️ . Credit to @muasmo sebab buatkan deco yang sangat letops. Also, special thanks to our mua @dja_othman @aj_cinta_aliah sebab buatkan wajah wajah models letop letops kebabom . #parisfairies #parisfairiesscarves#parisfairieskl #parisfariessoftlaunch #officiallaunch

A post shared by PARISFAIRIES SCARVES HQ (@parisfairies.scarves) on

Wajah wajah stokis kesayangan adinda ? ini lah orang kuat di sebalik kejayaan our soft launch malam tadi. For any purchase or sesiapa nak jadi agent or dropship, uols boleh contact mana mana stokis yang berdekatan okay? ❤️ . ?Stokis Perlis & Kedah - Sokhleha (014-2400 008) ?Stokis Penang & Perak (011-37377415) ?Stokis Selangor & KL - Wina (013-264 9755) ?Stokis Kelantan & Terengganu - Irma (013-940 3344) ? Stokis Johor - Ain (017-7156431) . Make up by @dja_othman @aj_cinta_aliah . #parisfairies #parisfairiesscarves #parisfairiesstokis #parisfairiessoftlaunch #greenhousebymuir

A post shared by PARISFAIRIES SCARVES HQ (@parisfairies.scarves) on

Our founder @eiyla.fazzila wearing Bawal Printed Fairy when she was interviewed by HLive 2 days ago. Don’t forget to catch her on HLive, as she has a lot to share about the brand and the inspiration ❤️ . #parisfairiesscarves #parisfairies #bawalprintedfairy #bawalsatin #hijabfashion #hijabersmalaysia #hijabstyle #hijabster

A post shared by PARISFAIRIES SCARVES HQ (@parisfairies.scarves) on

Alhamdulillah, @parisfairies.scarves is now in the market! Jutaan terima kasih to my family and friends yang banyak bagi sokongan and dorongan sampai lah i dapat keluarkan my own hijab brand. Hopefully, my brand setanding dengan brand brand hijab yang lain. Insha Allah . Do check out my Instagram page @parisfairies.scarves untuk dapatkan koleksi koleksi hijab yang cantik dengan harga mampu milik ❤️ . #parisfairiesscarves #parisfairieskl #parisfairiesofficiallaunch #officiallaunch

A post shared by Eiyla Fazzila (@eiyla.fazzila) on

#pelakon #Tasha Shilla #Pelakon
;