Hiburan

Pernah Terlibat Kes Dadah, Tony Eusoff Imbau Semula Momen Sewaktu Masuk Penjara - “Sedih Tengok Mak Sendiri Nangis…”

Umirah Halim
02/01/2025
09:30 MYT
Sponsor Banner
Pernah Terlibat Kes Dadah, Tony Eusoff Imbau Semula Momen Sewaktu Masuk Penjara - “Sedih Tengok Mak Sendiri Nangis…”
Kecoh baru-baru ini apabila dunia industri hiburan dikejutkan dengan kes dadah yang melibatkan selebriti tempatan.

Kesal lihat ibu menangis

Pernah berdepan situasi sama, pelakon Tony Eusoff mengimbau kembali pengalaman sewaktu dipenjara selama lapan bulan akibat memiliki dadah pada 2016.
Akui menyesal dengan situasi tersebut, Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 48 kesal kerana perbuatannya itu telah mengguris hati ibunya.

“Saya rasa sangat bersalah terhadap ibu saya. Masa ibu hantar saya kat airport dan nak peluk buat kali terakhir, waktu itu lah menitis air mata.“Untuk seorang anak tiada yang lebih menyedihkan hati apabila kita tengok mak kita sendiri menangis disebabkan apa yang kita dah buat.

“Perkara itu buat saya terfikir lepas ni saya perlu jadi lebih matang,” katanyaa ketika ditemui sewaktu di sidang media Drama Din Tiger di Hyatt Place, Bukit Jalil.

Syukur kehadiran diterima kembali

Bagaimanapun, selepas selesai menjalani hukuman, pelakon filem Susuk itu syukur apabila masyarakat Malaysia mudah untuk menerima semula kehadiranya.

“Ada yang cakap saya kena aniaya tapi itu adalah kesalahan dan kenakalan saya tiada siapa saya boleh salahkan. Jadi saya hanya harungi dan masuk sahaja. “Bila saya nak keluar saya ada perasaan bercampur baur risau dan gembira tentang penerimaan orang.

“Tapi ada individu yang saya tak kenali datang dan bagi kata-kata semangat pada saya. Jadi bagi saya orang Malaysia mudah nak menyayangi dan memaafkan. Kita cuma perlu berusaha sedikit je,” ujarnya lagi.

Titip nasihat

Dalam pada itu, Tony turut sempat menitipkan nasihat pada orang ramai agar tidak mudah menilai individu yang terlibat dengan kes tersebut tanpa mengetahui kisah sebenar atau cabaran yang berlaku dalam hidup mereka.

“Saya tidak mengenali mereka secara dekat, jadi saya tak tahu apa cabaran yang dihadapi dalam hidup mereka. Saya tak boleh nak menghukum, saya pun tidak baik. Siapa kita nak menilai orang.“Saya minta semua individu juga untuk tidak cepat menilai, lebih banyakkan rasa empati kerana mereka juga adalah ahli keluarga seseorang. Kadang-kadang individu itu buat di atas sebab keterdesakan," ujarnya

Pada April 2016, Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman lima bulan 10 hari penjara kepada Tony kerana memiliki dadah terkawal kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024