Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pernah Tidur Sebilik, Rosyam Nor Kenang Memori Manis Bersama Acappan

Kamaruddin Razal 18/09/2018 | 13:00 MYT
Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor mengenang kembali memori bersama mendiang Acappan yang meninggal dunia pada 14 September lalu.
Menerusi laporan HLive, Rosyam pernah tidur sebilik ketika menjalani penggambaran bersama Acappan sebelum dia bergelar pelakon.
"Saya pernah 'shooting' dengan Acappan di Cameron Highland. Ketika itu, saya masih belum menceburkan diri sebagai pelakon tetapi sudah mula bekerja sebagai pengurus produksi.
"Satu perkara mengenai Acappan yang akan saya kenangi ialah ceritanya mengenai kepayahan untuk membesarkan keluarga.
"Kata Acappan, menjadi penghibur memang memerlukan kita untuk kelihatan gembira di atas pentas.
"Apabila naik ke atas pentas, kita harus melupakan segala kesusahan dan kepayahan untuk membuatkan yang lain tersenyum.
"Kita harus simpan segala yang dihadapi dan tersenyum untuk peminat. Pesanan itu saya ingati sehingga kini," katanya.
Tambah Rosyam, dia menganggap pemergian Acappan sebagai satu kehilangan yang besar.
"Dia seorang sahabat yang baik dan menjadi salah satu pelakon berbangsa India yang popular dan berbakat di Malaysia.
"Pemergiannya begitu dirasai dan ia menjadi satu kehilangan yang besar," katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Rosyam Nor #Pelakon #Acappan
;