Berita
"Perokok Yang Tidak Hisap Rokok Di Kedai Makan, Adalah Lelaki Idaman Saya" - Ini Reaksi Neelofa Untuk Kempen Larangan Merokok
Nama pelakon dan pengacara, Neelofa, antara kaedah yang dicadangkan untuk 'mempromosi' kempen larangan merokok di premis makanan yang bermula pada 1 Januari lalu.
Menerusi entri di Facebook, seorang pengguna bernama Hafiz Mansor telah mencadangkan untuk menggunakan nama Neelofa bagi kempen tersebut.
Menurut Hafiz, papan tanda larangan merokok yang digantung atau ditampal di dinding mungkin tidak begitu berkesan kerana ada kemungkinan pelanggan tidak perasan.
Justeru Hafiz mencadangkan agar papan tanda itu diletak di atas meja makan, selain turut mencadangkan penggunaan ayat-ayat tertentu yang boleh menarik perhatian perokok tegar.
"Letaklah ayat macam 'Perokok yang tidak hisap rokok di kedai makan adalah lelaki idaman saya - Neelofa'," tulis Hafiz.
Dalam responnya terhadap entri yang kini tular itu, Neelofa akui terhibur dengan cadangan menggunakan namanya itu.
"Someone forwarded this to me and can’t help but giggled at this! Remember guys, no smoking in eateries and follow the guidelines provided by Ministry of Health if you want to smoke!," tulisnya.
Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu juga sempat berpesan agar orang ramai mematuhi peraturan larangan itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sumber: Astro Awani