Persembahan Nyanyian Jadi Perhatian, Ira Kazar Komen - “Sangat Gementar, Lagu Tu Saya Pilih Sebab Masa Kecil…”
Pempengaruh, Ira Kazar akui sangat gementar semasa membuat persembahan penutup di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather yang diadakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Ada sebab pilih lagu arwah Siti Sarah
Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata kali terakhir dia membuat persembahan di pentas adalah sekitar beberapa tahun lalu bersama bapanya pelakon, Kazar Saisi.
“Saya sangat sangat gementar sebab dah lama tak membuat persembahan secara langsung, rasanya kali terakhir adalah pada lima ke enam tahun lalu dengan ayah.
“Kiranya ini seperti kemunculan semula dan lagu itu saya pilih sendiri sebab dulu semasa saya kecil, saya menyanyi lagu itu juga jadi saya teringat lagu itu. Lagu itu juga rancak,” katanya.
Ira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi Tea Anthon’s Leather di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.
Single Tak Kisah
Mengulas mengenai perkembangan terbaharu, Ira berkata dia akan mengeluarkan single terbaharu tidak lama lagi.
“Bulan depan kalau tiada aral melintang saya akan memulakan sesi penggambaran muzik video dan bulan ni mungkin akan lancarkan lagu tapi tidal dapat dipastikan tarikhnya.
“Lagu rancak dan tajuknya Tak Kisah. Maksudnya tak kisahlah apa orang nak cakap,” ujarnya.
Terdahulu, persembahan Ira yang membawakan lagu arwah Siti Sarah berjudul Jangan Kau Mimpi mendapat perhatian netizen.
Rata-ratanya meluahkan pelbagai pendapat mengenai persembahan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Paksa Cuma Harap Dia Boleh Handle” - Kazar Tak Pernah Halang Ira Jadi Penyanyi, Siap Ada Effort Belajar Main Gitar
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Kisah Orang Nak Cakap Fasal Saya Tapi Bila Cakap Buruk Tentang Ayah…” - Ira Kazar Terkesan, Bapa Jadi Mangsa Kecaman
ARTIKEL BERKAITAN:Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil
ARTIKEL BERKAITAN:Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”
Untuk info, majlis Hi Tea With Anthon’s Leather diadakan bagi mempamerkan koleksi beg tangan kulit terbaharu daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Malah, jenama beg mendapat sambutan ramai selepas dilaporkan sudah terjual sebanyak 500,000 unit.