Laman Utama

“Persilakan Kau Call Jabatan Agama Islam Selangor” - Fara Balas Kenyataan Isteri Shuk

Hanafis Haris
24/01/2021
03:52 MYT
Sponsor Banner
“Persilakan Kau Call Jabatan Agama Islam Selangor” - Fara Balas Kenyataan Isteri Shuk

Pergelutan antara isteri Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama wanita dikenali sebagai Fara Salleh makin ‘panas’ apabila mereka saling berbalas kenyataan di Instagram (IG).

Menerusi posting terbaru Rossalennah, dia memuat naik tangkap layar kenyataan dikeluarkan Fara menerusi IG Storynya.

“Semalam kau kata nak call Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kalau aku tak bagi kau masuk. Aku persilakan kau call JAIS, aku siap bagitau call polis.

“Memang aku tak bagi masuk sebab rumah aku. Aku boleh tunjuk tour satu rumah kalau betul sembunyikan manusia dalam rumah,” katanya.

Menurut Fara lagi, dia juga tidak menghalau Rossalennah seperti didakwa isteri penyampai radio itu.

“Bila masa aku halau kau, nak tunggu depan rumah sampai manusia kau cari tu keluar.

“Bila masa aku dirayu sambil kau menangis. Bila masa aku campak kasut dekat kau,” katanya.

Sementara itu, menurut Rossalennah dia mempunyai bukti kukuh selain turut mendakwa jiran kawasan berkenaan turut menyaksikan kejadian tersebut.
“Sudah jelas bukti semua ada, melawan lagi post di IG semua,” katanya.

Terdahulu, Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita tersebut.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

BACA: "Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar