"Orang Lain Tidur, Aku Berkeliaran Cari Laki Aku" - Menangis Depan Pintu, Isteri Dedah Shuk Kembali Curang?
Episod pergolakan rumah tangga Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya dipercayai mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.
Menerusi beberapa posting dimuat naik di Intagramnya, isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama yakni Fara Salleh.
“Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga aib suami.
“Tapi semakin lama diam diorang semakin menyakitkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bersalah dan tak ganggu rumah tangga orang,” katanya.
Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.
“Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah. Aku dah merayu menangis depan pintu minta belas kasihan, kau usir aku.
“Kau campak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa dosa aku sampai aku kamu buat macam ni.
“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.
“Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.
“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak.
“Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku dimana,” katanya.
Anda boleh lihat antara luahan tersebut di bawah.
Terdahulu, Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu.
Walaubagaimanapun, ketika itu perlakuan curang Shuk sudah diketahui oleh isterinya dan Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan Fara.
Difahamkan juga, Fara sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi selepas didakwa dipukul bekas kekasihnya iaitu penyanyi kumpulan Hyper Act, Kecik sekitar tahun 2017
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
BACA : "Saya Mengaku Pernah Kenal Dia" - Shuk Sahar Enggan Ungkit Kisah Curang
BACA : Wanita Dakwa Shuk Sahar Curang, Pernah Paksa Gugurkan Anak?