Nusantara

Personaliti Indonesia, Jessica Iskandar Cetus Kontroversi Cium Bibir Dengan Anak Lelakinya

Maliah Surip
03/10/2020
13:26 MYT
Sponsor Banner
Personaliti Indonesia, Jessica Iskandar Cetus Kontroversi Cium Bibir Dengan Anak Lelakinya
Personaliti Indonesia, Jessica Iskandar atau dikenali sebagai Jedar sedang menjadi bualan hangat netizen.
Hos yang baru berpindah ke Bali itu menerima kecaman daripada netizen kerana sekeping gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya, @inijedar beberapa hari lalu.
Tujuan Jedar mungkin baik kerana bersama gambar tersebut, dia menuliskan gambaran hatinya mengenai kasih sayang seorang ibu dan anak dan betapa telah menemukan cinta sejati setelah putus tunang beberapa bulan lalu.
Namun hal yang menjadi kontroversi adalah cara Jedar bercium bibir dengan anak lelakinya, El Barack di dalam kolam renang.
Ada netizen yang berpendapat cara dia dan anak lelaki yang berusia kurang enam tahun itu berciuman terlihat ghairah.
Sementara banyaka netizen yang menegur dengan mengatakan gambar bercium bibir dengan anak lelaki bukanlah satu contoh yang baik dan tak sepatutnya terjadi.
"Ini anak lelaki tidak manis diajar bercium bibir walaupun sama ibunya," tegur seorang netizen lain.
Meski demikian sehingga kini Jedar belum memberi respons terhadap semua teguran yang dibuat netizen.
Instagram: @inijedar
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar