gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tular Video Keadaan Bas Selepas Kemalangan, Bekal Makanan Raya Dari Kampung Bertaburan Undang Sebak - “Dengan Hasrat Bila Sampai Boleh Makan Tapi…”
HIBURAN
Buntu Nak Masak Apa Untuk Suami, Intan Najuwa Tanya Pendapat Netizen - “Suruh ChatGPT Je…”
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Megan 2.0
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi Fasih Cakap Kelantan” – Ameera Khan

gempak
Umirah Halim
09/06/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi Fasih Cakap Kelantan” – Ameera Khan
Personaliti media sosial, Ameera Khan menjelaskan bahawa dirinya bukan berketurunan Melayu, namun masih fasih berbahasa Melayu kerana membesar di Malaysia.
Menerusi satu rakaman sesi siaran langsung yang tular, Ameera memaklumkan walaupun ibunya berdarah Arab dan bapanya pula berasal dari keturunan Pakistan, dia tetap menghormati budaya tempatan dan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
Malah, turut fasih bertutur dalam loghat Kelantan.
“Ibu saya Arab, bapa saya Pakistani. Saya tiada darah Melayu tapi lahir kat sini (Malaysia), membesar di sini, tapi saya boleh cakap bahasa Melayu, terutamanya bahasa Kelantan.
“Kalau tak boleh cakap Melayu tu, boleh tamparlah muka saya,” ujarnya sambil tertawa.
Dalam masa sama, adik kepada selebriti Neelofa itu turut berdepan dengan dilema apabila ada yang bertanya tentang identiti bangsanya.
Menurutnya, meskipun ibu bapa tidak mempunyai darah keturunan Melayu, namun dia memilih untuk menyatakan dirinya Melayu demi mengelakkan persepsi negatif daripada orang lain.
“Kalau orang tanya, ‘Orang Melayu ke?’ Saya cakap sahaja Melayu sebab kalau tak cakap Melayu orang cakap tak sedar diri.
“Tak cakap Melayu, nak cakap Melayu buat apa memang ibu bapa saya tiada darah Melayu.
“Kalau saya cakap bukan Melayu, orang judge saya. Jadi saya cakap ya sahaja saya Melayu,” katanya lagi.
Sumber: X
Topic Berkaitan
#Ameera
#Kelantan
#Khan
#Melayu
#Bahasa
#Darah
Must-Watch Video