Laman Utama

Pertama Kali Sambut Raya Sebagai Suami, Ryan Bakery: “Merasalah Sangkut Jammed 11 Jam”

Maliah Surip
11/05/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Sambut Raya Sebagai Suami, Ryan Bakery: “Merasalah Sangkut Jammed 11 Jam”
Personaliti media sosial terkenal Malaysia, Ryan Bakery merayakan Aidilfitri tahun ini pertama kali sebagai seorang suami.
Ryan menikah dengan kekasihnya, Elyia Ibrahim pada Oktober tahun lalu.
Ditanya mengenai pengalamannya menyambut raya pertama kali sebagai suami, Ryan mengaku sambutan perayaan Aidilfitri menjadi lebih meriah kerana kini memiliki keluarga yang lebih besar.
“Alhamdulillah ini pengalaman pertama saya menyambut raya sebagai suami. Sekarang saya sudah ada dua keluarga, sebelah saya dan sebelah isteri. Anak buah pun bertambah, duit raya pun bertambah,” kata Ryan berseloroh.
Kata Ryan, Aidilfitri tahun ini juga menyaksikan dia pertama kali harus membahagikan masa cuti untuk pulang ke dua kampung berbeza.
Merayakan Aidilfitri terlebih dahulu di kampung ibunya di Perak, Ryan kemudian pulang ke kampung mentuanya di Jasin, Melaka pada hari raya kedua yang lalu.
“Utara ke Selatan saya tahun ini. Cuti panjang jadi pendek sebab kena bahagi dua pulang kampung mak dan kampung isteri.
“Merasalah juga sangkut jammed 11 jam dari Perak ke Melaka,” kenangnya.
Meski demikian, kata Ryan ia menjadi pengalaman berharga buatnya yang baru bertukar status daripada bujang kepada suami orang.
Sementara itu bercakap mengenai perkembangan kariernya, Ryan memberitahu bakal muncul dengan sebuah single baharu yang didendangkan secara duet.
“Insha Allah saya bakal muncul dengan single baharu, kali ini masih berduet seperti lagu raya sebelum ini.
“Cuma saya belum boleh beri perincian lagi siapa pasangan duet saya. Tunggu. Mungkin akan agak mengejutkan nanti,” katanya.
Dan demi memastikan dirinya mampu menyanyi dengan baik, Ryan mengatakan dia mahu mengambil khidmat guru vokal.
“Bila sudah mula menyanyi saya cari cikgu untuk bantu asah vokal saya,” katanya ringkas.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar