Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pesawat Garuda Indonesia Lakukan Pendaratan Cemas Selepas Enjin Terbakar

Awani 16/05/2024 | 07:37 MYT

Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu (15 Mei) akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia, dalam insiden terbaharu dalam rekod keselamatan penerbangan rantau ini.

Syarikat penerbangan Indonesia itu berkata, pesawat Boeing 747-400 penerbangan Garuda-1105 ke Madinah itu kembali ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar Indonesia pada 5.15 petang.

Tiada sebarang kecederaan penumpang dilaporkan.

"Keputusan itu dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan dalam salah sebuah enjin," kata Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Pesawat berkenaan membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu termasuk jemaah haji, kata Irfan.

Susulan itu, kesemua penumpang dipindahkan ke sebuah penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada Rabu ke Arab Saudi, jelas beliau.

Rakaman yang disiarkan di media sosial, yang belum disahkan oleh AFP, dikatakan menunjukkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas.

Pesawat berkenaan kini sedang disiasat pihak berwajib. - Agensi

Berita Trending: Masih Follow Di Instagram, Sarah Dakwa Ruhainies Masih Contact Aliff Aziz

Berita Trending: “Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian Kakaknya & Abang Ipar
#Terbakar #Pesawat #Enjin #Gamuda
;