Berita
Pesawat Malaysia Airlines Bawa Jemaah Umrah Berpatah Balik Selepas 2 Jam Berlepas
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.
Memetik Astro AWANI, difahamkan penerbangan tersebut membawa 259 jemaah daripada bawah dua agensi untuk melakukan ibadah umrah.
Berpatah balik
Seorang penumpang mendakwa, kapal terbang tersebut mengalami gegaran sewaktu berlepas, dan berlegar-legar di ruang udara Malaysia kira-kira dua jam sebelum berpatah balik ke KLIA.
Pemerhatian melalui laman web Flightradar mendapati, pesawat tersebut berlepas dari KLIA kira-kira jam 2.50 petang Ahad, dan terbang pada ketinggian 10,000 kaki, sebelum dilihat berlegar-legar berhampiran Pulau Tengah.
ARTIKEL BERKAITAN: Penerbangan Khas Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Bangladesh
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Antara Syarikat Luar Negara Yang Terjejas Disebabkan Gangguan IT Global
ARTIKEL BERKAITAN: Pintu Tandas Pesawat Cathay Pacific Tertanggal Ketika Dalam Perjalanan Ke New York
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Tipu Sakit Terkejut Jumpa Majikan Dalam Pesawat
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Turkiye Enggan Isi Minyak Pesawat Israel
Pesawat tersebut kemudian mula turun ke paras 6,000 kaki pada pukul 4.15 petang, sebelum melakukan beberapa lagi pusingan dan akhirnya selamat mendarat kira-kira jam 5 petang.
Kesemua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan yang selamat.
Astro AWANI sedang menunggu pengesahan daripada pihak Malaysia Airlines susulan insiden tersebut.
Sumber: Astro Awani