Viral

Pekerja Turkiye Enggan Isi Minyak Pesawat Israel

gempak
Gempak
01/07/2024
13:44 MYT
Sponsor Banner
Pekerja Turkiye Enggan Isi Minyak Pesawat Israel
Syarikat penerbangan nasional Israel, El Al memaklumkan pada 30 Jun yang penerbangannya dari Warsaw ke Tel Aviv tidak dibenarkan mengisi petrol di lapangan terbang Antalya selepas melakukan pendaratan kecemasan untuk memindahkan penumpang atas sebab perubatan.

BERITA TRENDING: Lelaki Warga Emas Jadi Muda 30 Tahun Selepas Pembedahan Plastik, Betul Ker Ni?

Kakitangan Turkiye di lapangan terbang Antalya enggan mengisi petrol bagi penerbangan LY5102 sebelum ia boleh berlepas ke Israel, kata El Al dalam satu kenyataan.
"Pekerja tempatan enggan mengisi petrol pesawat syarikat walaupun ia adalah kes perubatan," katanya, sambil menambah bahawa penumpang sudah dipindahkan.
"Pesawat itu kemudian berlepas ke Rhodes di Greece, di mana ia akan mengisi minyak sebelum berlepas ke Israel", kata syarikat penerbangan itu.

BERITA TRENDING: Drama Queen! Ratu Cantik Turki Pukul Diri Sendiri, Koyak Baju... Mahu Perangkap Bekas Kekasih

BERITA TRENDING: [FOTO] #TravelMana: Balat Neighbourhood - Hidden Gem 30 Minit Dari Istanbul Yang Sangat Instagrammable!

BERITA TRENDING: Jom Kenali Hande Ercel...Wanita Tercantik Di Dunia!

Hubungan antara Turkiye dan Israel semakin merosot sejak perang di Gaza meletus pada 7 Oktober tahun lalu, dengan semua penerbangan terus antara kedua-dua negara dibatalkan sejak itu.
Sumber diplomatik Turkiye mengesahkan pesawat itu dibenarkan melakukan pendaratan kecemasan untuk memindahkan penumpang yang sakit.
"Bahan api akan diberikan kepada pesawat atas pertimbangan kemanusiaan, tetapi ketika prosedur berkaitan hampir selesai, kapten memutuskan untuk berlepas atas kerelaannya sendiri," kata sumber diplomatik Turkiye.
Akhbar Israel, The Times of Israel berkata, pesawat itu berada di landasan lapangan terbang di Antalya, selama beberapa jam, sebelum berlepas ke Rhodes.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menjadi pengkritik lantang terhadap kempen ketenteraan Israel di Gaza, dan sering menyatakan sokongan kepada pejuang Hamas sebagai pembela tanah air mereka.
Hamas diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).
Perang Israel-Hamas meletus selepas serangan Hamas pada 7 Oktober lalu ke atas selatan Israel yang mengakibatkan kematian 1,195 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.
Serangan tentera balas Israel membunuh sekurang-kurangnya 37,877 orang di Gaza, juga kebanyakan orang awam, menurut kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas.
Sumber: Agensi melalui Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live