Laman Utama

“Pesen Apo Seluar Pendek Tak Berbaju, Lepas Tu Bersongkok?” - Datuk Hattan Minta Jaga Sensitiviti Budaya, Kreativiti Jangan Terlebih Merdeka

Mya Amri
28/08/2022
05:40 MYT
Sponsor Banner
“Pesen Apo Seluar Pendek Tak Berbaju, Lepas Tu Bersongkok?” - Datuk Hattan Minta Jaga Sensitiviti Budaya, Kreativiti Jangan Terlebih Merdeka
Penyanyi, Datuk Hattan menegur gaya penampilan seorang lelaki yang tular dalam acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2022) baru-baru ini.
Penampilan lelaki yang tidak berbaju dengan memakai seluar pendek dan bersongkok itu dianggap kurang manis.
Sempena bulan Kemerdekaan, Hattan menegur perbuatan untuk menerusi rakaman video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Kata Hattan, tidak salah untuk mempamerkan kreativiti asalkan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Merdeka. Bulan merdeka semua negeri meraikannya.
“Tetapi walaupun sudah merdeka, ada kebebasan, janganlah terlebih merdeka pula kreativiti itu.
“Contohnya baru baru ini ada minggu fesyen, apo pulak tak berbaju, pakai seluar pendek lepas tu bersongkok?
“Janganlah macam tu, kena tahu jaga sensitiviti budaya dan bangsa ini, lain kali berhati-hati kalau nak berbaju,” tegurnya.
Video itu juga diserta dengan kapsyen:
“Woiii… Pesen apo ni?!! Suar pendek tak bebaju pehtu bersongkok… Uwan kau!!!” tulisnya dengan tanda pagar #cambangang di akhiri dengan laungan Merdeka! Merdeka ! Merdeka!
Terdahulu, lelaki yang merupakan pereka fesyen jenama Behati, Kel Wen tampil menjawab tuduhan netizen yang mendakwa dirinya seolah-olah mempersendakan agama Islam.
BACA: Fesyen Bersongkok Bersampin Separuh Bogel, Kel Wen: “Saya Tak Berniat Nak Ejek Mana-Mana Agama”
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar