Gaya Hidup
Pestle & Mortar Clothing Mengorak Langkah Ke Hadapan Menerusi Kolaborasi Bersama Jenama Aksesori Antarabangsa!
Jenama pakaian tempatan popular, Pestle & Mortar Clothing melangkah setapak ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama bersama Casetify.
Kolaborasi
Menariknya, kolaborasi ini merupakan kolaborasi perdana yang terjalin antara jenama aksesori gergasi popular itu dengan jenama fesyen streetwear dari Malaysia untuk sebuah koleksi kapsul yang istimewa.
Casetify, jenama aksesori teknologi global yang digemari oleh kelompok milenial, Gen Z dan selebriti Hollywood, mengumumkan kolaborasinya bersama jenama pakaian fesyen streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing, untuk satu koleksi kapsul yang menarik.
Koleksi ini mengekspresikan penghargaan urban serta menonjolkan budaya Asia Tenggara dalam keunikan tersendiri.
Para peminat Pestle & Mortar Clothung amat mengenali pendekatan jenama ini yang gemar bercerita dan mencetuskan perbualan menerusi pakaian-pakaian yang direka, dan koleksi baru ini tidak terkecuali.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 17 Tahun, Ini Sebab Jovian Mandagie Hentikan Operasi Jenama Fesyen - "Saya Mula Sedar Bahawa..."
ARTIKEL BERKAITAN: Cuba ‘Street Food’ Di Vietnam, Ben Amir Enjoy Momen Tengah Single - “Bila Semua Kawan Nak Kahwin & Ada Anak Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Petaling Street Adalah 10 Jalan Paling Menarik Di Dunia, High Street, Melbourne No. 1
ARTIKEL BERKAITAN: Dirakam Kerana Street Fashion Dengan Baju Warna Sedondon, ‘Pasangan’ Ini Kantoi Curang
ARTIKEL BERKAITAN: “Lirik Lagu Sapu Rata Guna Bahasa Street, Bukan Bahasa Rempit” - MK
Terdapat sesuatu untuk semua orang - daripada rekaan ekspresif dan luar biasa sehingga pilihan yang lebih sederhana dan minimalis.
Rekaan-rekaan ini boleh didapati di seluruh dunia untuk telefon pintar iPhone dan Samsung serta aksesori teknologi termasuk AirPods dan AirPods Pro, sarung iPad dan sarung komputer riba.
Kolaborasi ini menampilkan cetakan dan reka bentuk ikonik yang bersatu menceritakan kisah unik sejarah 14 tahun Pestle & Mortar Clothing. Lebih daripada sekadar fesyen, kolaborasi ini adalah perwakilan budaya, warisan dan ekspresi diri, yang menunjukkan bahawa teknologi anda mewakili gaya peribadi anda.
Bagi mereka yang berminat melihat koleksi ini secara langsung sebelum pembelian dalam talian, Pestle & Mortar Clothing akan mengadakan pameran di kedai utama mereka di APW, Bangsar, Kuala Lumpur dari 6 hingga 30 Jun.
Pengunjung akan dapat melihat koleksi kapsul ini secara langsung; pakaian dan aksesori PMC serta memilih rekaan kegemaran mereka untuk dibeli secara dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.casetify.com atau ikuti @casetify_my di Instagram untuk kemas kini dan pengumuman terkini.