Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

Maliah Surip 23/11/2024 | 09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
McGregor didapati bersalah selepas melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel di Dublin pada Disember 2018. Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh lapan juri wanita dan empat lelaki.

BERITA TRENDING: Pertembungan Floyd Mayweather Lawan Conor McGregor Bakal Jadi Aksi Terhebat Sejarah Tinju Dunia

Natijah daripada kesalahan yang dilakukan, McGregor tersebut diarahkan membayar denda sebanyak RM960,000 kepada Hand, lapor BBC.
Bintang UFC itu bagaimanapun hanya dijatuhi hukuman denda tanpa dipenjarakan kerana mengikut undang-undang di negara tersebut, dakwaan dibuat di bawah kes sivil, bukan jenayah.
Atlet berusia 36 tahun tersebut menerusi cuitan di X mengaku akan membuat rayuan terhadap pertuduhan yang telah dijatuhkan kepadanya.
“Saya sedang bersama keluarga dan memberi fokus terhadap masa depan saya,” katanya yang turut berterima kasih kepada penyokongnya.
Terdahulu Hand mengatakan kemenangan yang diperoleh terhadap ikon sukan itu sebagai sebuah peringatan agar mangsa jangan takut untuk bersuara kerana pilihan berada di tangan masing-masing.
Wanita itu juga memfailkan saman terhadap seorang lelaki dikenali sebagai James Lawrence, 35, atas pertuduhan sama iaitu melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.
Bagaimanapun juri sebulat suara menolak dakwaan tersebut.

BERITA TRENDING: Imane Khelif Namakan Elon Musk, JK Rowling Dalam Tuntutan Undang-Undang Terhadap Kes Buli Siber Di Media Sosial

BERITA TRENDING: Petinju Ceraikan Isteri Dua Jam Selepas Lahirkan Anak

BERITA TRENDING: Jefri Nichol Padam Mimpi Jadi Petinju Setelah Perankan Ellyas Pical di The Exocet

#Viral #Rogol #Conor McGregor #Denda #Ireland #Petinju
;