,
Sukan

Imane Khelif Namakan Elon Musk, JK Rowling Dalam Tuntutan Undang-Undang Terhadap Kes Buli Siber Di Media Sosial

Gempak
14/08/2024
01:25 MYT
Petinju Algeria Imane Khelif menamakan Elon Musk dan JK Rowling dalam tuntutan mahkamah yang difailkan kepada pihak berkuasa Perancis berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.
Nabil Boudi, peguam pemenang pingat emas Olimpik yang berpangkalan di Paris itu memberitahu Variety, Elon dan JK Rowling kedua-duanya dinamakan dalam aduan jenayah yang dihantar ke pusat kebencian anti kebencian di pejabat pendakwa raya umum minggu lepas.

Buli siber

Saman itu difailkan terhadap media sosial milik Elon, X, yang bermaksud ia difailkan terhadap orang tidak dikenali mengikut Undang-undang Perancis.
Nabil memberitahu, dia akan memastikan bahawa pendakwaan mempunyai semua latitud untuk dapat menyiasat terhadap semua orang, termasuk mereka yang berkongsi mesej kebencian di bawah nama samaran.
“J. K. Rowling dan Elon Musk dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu," tulis Nabil di X.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Lelaki, Bapa Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif Beri Kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

Nabil turutmenyatakan bahawa Donald Trump juga bakal menjadi sebahagian daripada siasatan.

Donald Trump

“Trump tweet, jadi sama ada dia dinamakan dalam tuntutan mahkamah kami atau tidak, pastinya dia akan dilihat sebagai sebahagian daripada pendakwaan," tambahnya.

Berita mengenai hal ini mula dibicarakan beberapa hari selepas Imane Khelif membawa pulang pingat emas dalam pertandingan tinju 66 kilogram wanita di Olimpik Paris 2024.
Dia muncul sebagai pemenang selepas mengharungi tohamahan dan kebencian yang meluas, di mana dia menghadapi pelbagai gangguan di media sosial mengenai jantinanya.
Dalam satu hantaran, JK Rowling berkongsi foto perlawan Imane Khelif dengan Angela Carini dari Itali, menuduh Imane sebagai seorang lelaki yang menikmati kesusahan seorang wanita yang baru ditumbuk di kepala.
Elon pula berkongsi semula siaran perenang Riley Gaines yang mendakwa lelaki tidak termasuk dalam sukan wanita.
Sementara itu, Trump menulis: “Saya akan menghalang lelaki daripada sukan wanita,” tulisnya.
Sumber: Variety
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

gempak
10/08/2024
06:25 MYT
Peninju Algeria yang menjadi kontroversi berhubung jantinanya, Imane Khelif, mengambil peluang selepas memungut pingat emas tinju bawah 66 kg wanita Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.
Sukan

Didakwa Sebagai Lelaki, Bapa Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif Beri Kenyataan

gempak
04/08/2024
07:55 MYT
Omar Khelif yang juga bapa petinju dari Algeria, Imane Khelif, mempertahankan anaknya dengan menjelaskan Imane dilahir dan dibesarkan sebagai seorang perempuan ketika perdebatan mengenai jantina dalam sukan tinju berterusan.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Imane Khelif Laung Allahu Akbar Selepas Layak Ke Separuh Akhir – “Saya Seorang Wanita Dan Akan Kekal Sebagai Wanita”

gempak
04/08/2024
06:55 MYT
Atlet kontroversi di Sukan Olimpik Paris 2024, Imane Khelif, berjaya memastikan pingat gangsa dalam genggaman kontinjen Algeria apabila melangkah ke separuh akhir acara tinju bawah 66 kilogram.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”

gempak
03/08/2024
01:55 MYT
Angela berkata, dia berasa sedih atas kontroversi yang melanda selepas dia ‘menarik’ diri daripada pentas acara baru-baru ini.
Sukan

Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

gempak
02/08/2024
06:02 MYT
Berjaya menumpaskan lawan dalam masa hanya 46 saat, petinju Imane Khalif tular di media sosial berikutan kemenangannya dalam pertandingan tinju wanita di Olimpik Paris pada 1 Ogos 2024.