Laman Utama
Pinjam Motosikal Kawan, Dalam Raga Ada Dadah - “Apa Yang Saya Nak Katakan..”
Malang tidak berbau… mungkin pepatah ini tepat sekali menggambarkan nasib seorang pemuda yang ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan ‘memiliki’ dadah.
Namun, pemuda tersebut bukanlah tuan empunya dadah berkenaan. Pemilik sebenar adalah rakannya sendiri yang meletakkan dadah tersebut dalam raga motosikal yang diberi pinjam kepada pemuda itu.
Situasi yang benar-benar berlaku ini diceritakan kembali oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menerusi sepotong video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Menerusi video berkenaan, Ahmad Zaharil berkata, pemuda yang dipanggil dengan nama Nazran itu bebas pertuduhan dan dilepaskan daripada hukuman mati mandatori.@zaharil.co ♬ original sound - AMzaharil shop
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Nazran lepas dan bebas daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B yang membawa hukuman mandotori mati.
“Apa yang saya nak katakan, dia ini terlalu baik, pinjam motor kawan dalam raga ada dadah. Jadi hati-hati kawan-kawan. Jangan buat macam dia.
“Sebab kawan, pinjam tak mengapa, boleh… Kawan lari ke Indonesia, kamu duduk di Sungai Buloh. Jadi hati-hati ya,” pesannya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap perkongsian Ahmad Zaharil itu
Terdahulu, kisah Ahmad Zaharil membantu seorang wanita mencuri bekas pensil tular apabila anak kepada wanita tersebut kini bergelar peguam sepertinya.
Must-Watch Video