Hiburan

Polis India Hentikan Persembahan Jalanan Ed Sheeran

Maliah Surip
11/02/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
Polis India Hentikan Persembahan Jalanan Ed Sheeran
Ed Sheeran mungkin menjadi kegilaan jutaan peminatnya di seluruh dunia, tetapi masih ada sahaja yang tidak mengenali penyanyi tersebut.

BERITA TRENDING: ‘Thor’ Buat Kejutan Muncul Di Konsert Ed Sheeran, Main Dram Depan 70,000 Penonton

BERITA TRENDING: Ed Sheeran Tidak Miliki Telefon Bimbit Sejak 10 Tahun Lalu, Elak Dilabel Biadab

Buktinya, pelantun Shape of You itu telah dihalang oleh polis India sewaktu dia melakukan persembahan jalanan atau buskers.
Insiden tersebut berlaku sewaktu pemenang Grammy empat kali itu melakukan buskers di salah sebuah jalanan sewaktu siri konsert jelalah yang diadakan di Bangalore, India baru-baru ini.
Sewaktu sedang membuat persembahan, Sheeran telah dihampiri oleh seorang pegawai polis yang meminta dia menghentikan nyanyiannya. Menerusi rakaman yang tersebar di media sosial, dapat dilihat pegawai tersebut memegang gitar dan mikrofon Sheeran dalam usaha menghentikan persembahan penyanyi itu.
Namun rupa-rupanya bukan tidak dikenali tetapi insiden tersebut menjadi tular pihak berkuasa tempatan memberitahu sudah tidak memberi izin kepada Sheeran untu membuat persembahan jalanan di kawasan bandar Church Street.
“Pihak kami tidak memberi izin kepada Ed Sheeran untuk membuat persembahan jalanan kerana Church Street adalah kawasan yang paling sibuk di bandar ini. Kami tidak mahu orang berhenti dan membuat kawasan ini sesak,” ujar wakil pihak berkuasa tempatan seperti dilaporkan CNN.

BERITA TRENDING: Pentas Berpusing, Opening Calum Scott, Ini Momen-Momen Indah Konsert Jelajah Asia Ed Sheeran Di KL!

Bagaimanapun Ed Sheeran menafikan kenyataan itu dengan mendakwa telah mendapat kelulusan berbuat demikian.
“Kami telah mendapat kebenaran untuk membuat persembahan jalanan. Persembahan jalanan ini telah dirancang lebih awal, bukan dibuat secara tergesa-gesa,” katanya dalam kenyataan di Instagram.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024