Penyanyi pop terkenal, Ed Sheeran hiburkan seramai 80,000 peminat sempena konsert Jelajah Asia Matematics +-=x÷ yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu lalu.
Malam konsert nya itu turut dihangatkan lagi dengan aksi pembukaan oleh penyanyi, Calum Scott, yang memukau penonton dengan lagu hits seperti Dancing On My Own dan You Are The Reason.

Kemunculan penyanyi berusia 33 tahun yang tepat membuat persembahan pada pada pukul 9 malam itu juga disambut dengan jeritan para peminat yang menunggu sejak petang.
Walaupun membuat persembahan solo, Ed tampil yakin memukau peminat dengan kemantapan vokalnya sambil bermain gitar dengan kehadiran pentas yang boleh berpusing 360 darjah.
Konsert yang berlangsung selama tiga jam ini turut menyaksikan Ed Sheeran mempersembahkan lebih daripada 20 seleksi lagu hits di dalam albumnya seperti Shape of You, Perfect, Thinking Out Loud, Dive, Tide dan banyak lagi.
