Laman Utama

Polis Siasat Masya Masyitah Yang Didakwa ‘Rentas’ Negeri Menggunakan…

Hanafis Haris
15/05/2021
13:01 MYT
Sponsor Banner
Polis Siasat Masya Masyitah Yang Didakwa ‘Rentas’ Negeri Menggunakan…
Malang buat penyanyi, Masya Masyitah apabila pengakuannya yang didakwa pulang ke kampung menggunakan surat merentas negeri ibunya kini menjadi kes polis.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim.

Menurutnya, dia mengarahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, artis terbabit didakwa pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri Pasangan Jarak Jauh (PJJ) disebabkan ibu dan bapanya tinggal berjauhan.

"Setakat ini saya boleh katakan, siasatan masih dijalankan dan kita akan tengok adakah benar apa yang ditularkan di Facebook (FB).

"Sekiranya ada unsur yang menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap artis terbabit," katanya selepas melakukan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lunas, di sini hari ini.

Terdahulu, Masya Masyitah atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat 'lampu hijau' daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

BACA: Dapat Kebenaran Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Atas Tiket Ibu bapa Pasangan Jarak Jauh, Masya Masyitah Kena Kecam

BACA: “Selepas Hebat Dikecam & Dimaki Kerana Bersikap Jujur, Maka Dengan Ini Saya Tidak Mahu Lagi Bercakap Benar” – Masya Masyitah

Walaubagaimanapun, penjelasan Masya kemudian mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang berkorban mematuhi SOP dan hanya duduk ketika sambutan Syawal.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar