Laman Utama

#PopcornTime: Mampukah Venom: Let There Be Carnage Mengatasi Filem Pertama? Apa Pula Kaitan Dengan Watak….

Hanafis Haris
12/11/2021
17:25 MYT
Sponsor Banner
#PopcornTime: Mampukah Venom: Let There Be Carnage Mengatasi Filem Pertama? Apa Pula Kaitan Dengan Watak….

Selepas tiga tahun menanti, peminat anti-hero Venom akhirnya berpeluang menyaksikan sekuel kedua filem ini.

Filem Venom: Let There Be Carnage ini menyaksikan kesinambungan daripada babak ‘end-credit’ yang ditayangkan pada Venom pertama.

Persoalannya, adakah Venom: Let There Be Carnage mampu menandingi filem pertamanya?

Berikut merupakan ulasan Gempak.

Jalan cerita ringkas dan agak ‘predictable’

Filem ini tidaklah begitu lama durasinya dan hanya mengambil masa 1 jam 37 minit sahaja.

Permulaan filem ini banyak menceritakan tentang asal usul watak penjenayah Cletus Kasady dan kisah cintanya bersama Shriek.

Bagaimana mereka bertemu dan bercinta, semuanya bakal diperjelaskan pada permukaan filem.

Pada masa sama, 30 minit terawal filem ini juga bakal menceritakan tentang hubungan antara Eddie Brock dan Venom.

Bagaikan pasangan bercinta, pergolakan antara Venom dan Eddie dipaparkan dengan begitu kerap dalam filem ini.

Biarpun bagus untuk menggambarkan kemelut kehidupan Eddie yang serba berkecamuk, namun ia adakalanya terlalu meleret.

Hampir 30 hingga 40 minit filem ini hanya dihiasi dengan percakapan dan dialog sahaja.

Percaturan begini sekali gus mampu mengundang ‘nguapan’ penulis dan berkemungkinan pada setiap penonton juga.

Pun begitu, ia tidaklah terlalu membosankan kerana filem ini turut dimeriahkan dengan pelbagai lawak jenaka dan ‘punchline’ kelakar.

Bayangkan Venom juga pandai membuat lawak dan memberi banyak ‘punchline’ dalam filem ini.

Lawak bersahaja ini sedikit sebanyak memberi ‘warna’ dalam filem ini. Celik sikit mata penulis!

Venom vs Carnage

Bagi aksi dalam filem ini pula, boleh dikatakan bagus, namun pada masa sama ia tidaklah begitu mengagumkan.

Malah, perlawanan antara Venom dan Carnage pula berlaku di hujung-hujung filem ini.

Mungkin disebabkan itu, penulis bagaikan tidak puas melihat ’fighting sequence’ disajikan.

Bagaimana Carnage ini wujud, itu anda perlu tontonnya sendiri, namun secara dasarnya, villain ini memang lebih kuat dan berkuasa daripada Venom.

Terdapt satu babak yang memperlihatkan Venom sedikit gerun dengan Carnage dan hampir putus asa. Betapa kuatnya Carnage!

Pun begitu, ketika babak perlawanan, ia tidak begitu diterjemahkan kekuatan sebenar Carnage ini.

Sekali lagi, penulis merasakan aksi pertarungan tidak begitu cukup dan ada ‘klimaks’.

Apapun, filem ini tidaklah seteruk mana, namun ia juga tidaklah sebagus mana.

Walau bagaimanapun, filem ini wajib ditonton oleh peminat Marvel kerana babak end-credit sangat memberi kejutan.

Menerusi 'end-credit' ini, ia akhirnya memberi pengesahan dalam dunia ‘Spider-Man Universe’.

Rating Gempak : 6/10

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024