Berita
Presiden Kelab Keluang Man Yakin Kemampuan Nas Muammar - "Dia Adiwira Tiada Kuasa Ajaib Tapi Kejujuran Yang Tinggi"
Generasi yang lahir sekitar era 90-an pasti mengenali watak dalam siri animasi televisyen adiwira kanak-kanak, Keluang Man.
BERITA BERKAITAN : Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"
BERITA BERKAITAN : Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"
BERITA BERKAITAN : Meerqeen & Ezzanie Bongkar Kisah Bos Dari Neraka! | Singgah Set
BERITA BERKAITAN : Tan Sri Ash Pelumba Siput Terima Gift BERPULUH RIBU! Asbab Tolong Orang Susah, Rezeki Meledak? | Motif Trending
Presiden Kelab Keluang Man, Ameir Hamzah Hashim berkata, siri animasi tersebut begitu istimewa selain ia juga berjaya menghiburkan dunia kanak-kanak pada ketika itu.
"Konsep asal animasi yang dicipta oleh Kamn Ismail dan pasukannya di bawah terbitan UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd ini berkisar tentang kisah adiwira yang tidak klise dan mempunyai kuasa ajaib sebaliknya hanya mengunakan naluri dan kejujuran sahaja.
"Zaman itu tidak banyak kartun super hero yang kita boleh tonton, sebab itu Keluang Man sehingga hari ini masih diingati individu yang lahir pada waktu itu.
"Mengimbau pada zaman itu, teknologi agak limited tetapi pengalaman dan pengetahuan, kumpulan tenaga produksi tempatan ini berjaya menghiburkan dunia kanak-kanak akhir zaman 90-an. Itu pada saya yang kita perlu banggakan," katanya ditemui Gempak.
Siri animasi legenda Malaysia popular dan menjadi fenomena sejak lebih dua dekad lalu, Keluang Man itu juga bakal diangkat ke layar perak yang dijangka akan ditayangkan pada 2025 nanti.
Dalam pada itu, Ameir Hamzah Hashim turut meletakkan harapan yang tinggi terhadap filem yang diterajui oleh pelakon Nas-T.
“Watak adiwira tersebut tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi.
"Saya yakin tayangan Keluang Man itu nanti mesti mendapat tempat dikalangan peminat lama dan yang baru.Itu pasti.Insyallah," katanya.
Ameir Hamzah Hashim turut berharap, dengan kehadiran filem Keluang Man yang bakal diterbitkan, Astro Shaw dan Iconic Animation Studio dapat menghasilkan karya terbaik selain memastikan legasi Keluang Man terus hidup bersama generasi baharu dan akan datang.