Hiburan
Promosi Melampau Suplemen Bayi, Neelofa Terkena Tempias
Pesanan seorang doktor kepada pengacara popular, Neelofa, selepas memuat naik promosi makanan kesihatan kepada bayi di InstaStorynya telah menjadi tular.
Dr. Rafidah Abdullah telah menulis di laman sosial Facebooknya:
“Salam Neelofa, saya harap awak boleh elakkan mempromosikan produk khususnya untuk kanak-kanak dan bayi.
"Ia boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak perlu kepada organ dalaman mereka,” nasihat Pakar Buah Pinggang, Dr. Rafidah Abdullah kepada seleberiti terkenal itu.
Ia susulan tindakan Neelofa memuat naik video yang mempromosi satu produk yang dikatakan boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah.
Neelofa turut memuat naik saranan pengambilan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.
Itu membuatkan netizen khususnya para doktor naik berang sambil menyifatkan tindakan Neelofa boleh memudaratkan.
Dengan aura yang dimilikinya, tidak mustahil ia boleh mempengaruhi orang ramai yang mungkin tidak mengendahkan kesan sampingan sekiranya mengambil produk berkenaan.
“Saya pasti anda tidak dimaklumkan dengan betul (penggunaan produk) oleh syarikat,” ujar Dr Rafidah lagi.
Selain Dr Rafidah, tindakan Neelofa itu turut mendorong Pakar Dermatologi memuat naik pandangannya di Twitter.Salam @NeelofaI hoped you could avoid promoting products especially for kids and babies. It may cause unnecessary harm to their internal organs.I am sure you were not advised properly by the company.Thanks!Cc @drwaque https://t.co/QP1am34qdm— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 3, 2018
Dengan menggunakan #MedTweetMY, Dr Hafsah Sazali menyeru barisan selebriti tidak membiarkan diri mereka menjadi alat promosi produk yang ada tuntutan perubatan.
“Pesakit eczema memang sasaran mudah penjual produk suplemen/makanan. Sampai bayi dan kanak-kanak pun nak digalakkan beri produk mereka. Dah hilang akal ke?,” tegasnya.
Beberapa pakar perubatan lain turut senada dengan Dr Rafidah dan Dr Hafsah sambil menekankan seseorang bayi itu tidak memerlukan suplemen sebaliknya hanya susu ibu.Pesakit eczema memang sasaran mudah penjual produk suplemen/makanan?Sampai bayi &kanak-kanak pun nak digalakkan beri produk mereka. Dah hilang akal ke?!Saya menyeru selebriti2 seperti @Neelofa tidak biarkan diri jadi alat promosi produk yang ada tuntutan perubatan.#MedTweetMY— Dr Hafsah Sazali (@hafsah_sazali) February 4, 2018
Bagi bayi minum susu ibu je.Bagi ibu makan makanan berkhasiat supaya kualiti susu ibu bagus.Tak perlu bagi supplement pada bayi.— DrSazOne (@drwaque) February 3, 2018
Tapi sebenarnya memang ada kondisi bayi dengan rupa yang tua.Ia dipanggil Progeria, suatu masalah genetik yang sangat jarang berlaku.Kulit mereka berkedut, badan mereka menua dengan pantas. Tiada ubat pada ketika ini.Dan saya pasti, supplement bukan jawapannya ye. pic.twitter.com/0bSLLmM719— DrSazOne (@drwaque) February 4, 2018
Pakar jantung Dr Beni Isman Rusani ketika dihubungi menasihatkan agar ibu bapa berhati-hati memberikan makanan tambahan kepada anak mereka.Bayi dan kanak-kanak tidak perlu kulit putih melepak, ploles macam nilopak.Kulit bayi secara semulajadi cantik dan lembut.Mengapa hendak bebankan fungsi organ mereka dengan produk kesihatan/kecantikan?Bersyukur dengan apa Tuhan berikan kepada kita sekeluarga.#MedTweetMy pic.twitter.com/loS5hLasZf— Dr Afiq Rahim @ DAR (@affick_rahim) February 4, 2018
"Secara amnya, bayi dan kanak-kanak tidak seharusnya diberi suplemen tambahan melainkan mereka di bawah pemerhatian dan rawatan doktor pakar kanak-kanak," katanya.
Sumber: Astro Awani
I don't recommend any supplement to babies & small children (please consult pediatrician). pic.twitter.com/xN5i7rGCOQ— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) February 3, 2018
Must-Watch Video