Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Proses Kami ‘Special’ Sikit”- Nonny Nadirah & Niezam Zaidi Pergi Kursus Kahwin

Syafiqah Jalal 21/09/2020 | 23:42 MYT
Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan dia dan Niezam Zaidi sudah selesai menjalani kursus kahwin.
Menurut Nonny, dengan pendedahan itu, dia berharap ia menjawab persoalan mengenai hubungan mereka.
“Dengan izin Allah Alhamdulilah satu dah selesai.
”Proses kitorg ‘special’ sikit, jadi apa-apa jangan tanya saya lagi tau tanya direct dengan @niezamzaidi.
“Semoga menjawab segala persoalan korang semua.
“Untuk pengetahun semua kursus kahwin, disebabkan musim COVID-19 ini ia disinvkatkan dari dua hari menjadi satu,” katanya.
Nonny berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram milknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik momen-momen mereka bersama termasuk ke kursus kahwin.
Terdahulu Nonny akui tidak menolak jika Niezam jodohnya dan mereka silihat menjalinkan hubungan yang serius.
Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan hanya bertahan setahun dan bercerai pada tahun lalu.
#pelakon #Pelakon #Nonny Nadhirah #Kursus Kahwin #Niezam Zaidi
;